Hasni calon MB baharu jika BN menang

zahidjb o HMfield image listing featured v2.var 1643173868

Jika BN menang besar, Hasni akan menjadi MB Baharu. Menteri Besar (MB), Datuk Ir. Hasni Mohamad akan dilantik sebagai MB baharu jika Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.

Perkara itu disuarakan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada majlis pelancaran Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional Pusat Operasi Zon Barat, di sini hari ini.

“Saya menjanjikan jika BN menang besar pada PRN kali ini, MB (Hasni) akan menjadi MB Baharu.

“Saya yakin, beliau harus diberi peluang sekali lagi untuk memegang jawatan sebagai MB Johor,” katanya ketika berucap pada pelancaran berkenaan malam ini.

Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan merangkap Pengarah PRN Johor.

Turut hadir ialah Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Bendahari BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Mohamed.

Baca lagi:  Namakan Zahid sebagai calon PM jika berani….

Zuraida ‘disingkir’ dari kumpulan WhatsApp MPT Bersatu

Pengeluaran ‘One-Off’ Wang KWSP Terakhir Bukan Isu Politik Tapi Kepentingan Rakyat – Zahid

Leave a Reply

Your email address will not be published.