Proses pengundian ditangguh, pengundi terpinga-pinga

Proses pengundian ditangguh, pengundi terpinga-pinga

Proses pengundian ditangguh, pengundi terpinga-pinga. Lebih 10 pengundi yang tiba di beberapa pusat pengundian bagi Parlimen Padang Serai dikatakan terpinga-pinga apabila dimaklumkan proses pengundian di kawasan itu ditangguhkan pada 7 Disember depan.

Mereka mendakwa tidak mengetahui dan terlepas pandang mengenai penangguhan tarikh tersebut yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan kematian calon Pakatan Harapan (PH), M. Karupaiya pada 16 November lalu.

Pengundi, Asiah Salleh, 68, dari Kampung Pondok Labu, Keladi berkata, dia hadir di pusat pengundian kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Proses pengundian ditangguh, pengundi terpinga-pinga

“Saya bangun awal untuk persiapan mengundi, bagaimanapun apabila tiba di hadapan pintu masuk sekolah, pengawal keselamatan memaklumkan tiada pengundian di kawasan Padang Serai.
“Saya jarang menonton televisyen dan kurang mahir menggunakan telefon bimbit, mungkin sebab itu saya tidak tahu pengundian di sini ditangguhkan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Keladi, Jalil Nordin, 36 berkata, terdapat kira-kira 10 pengundi datang untuk membuang undi di sekolah berkenaan sejak pukul 8 pagi tadi.

Katanya, mereka yang datang adalah dari kawasan Kulim selain ada memaklumkan pulang ke kampung dari Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

“Saya bersama rakan setugas terpaksa menjelaskan situasi sebenar pengundian hari ini sudah ditangguhkan ke bulan hadapan,” katanya.

Baca Lagi:
Potong barisan mengundi, DSAI mohon maaf
Niat wanita ingin menolong nenek tak kesampaian apabila dihambat dengan penyapu lidi
Gempar!! lelaki berpakaian kostum ‘Captain America’ mengundi di Pulau Pinang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *