PRU15: Dua warga emas meninggal dunia ketika beratur tunggu giliran mengundi

PRU15: Dua warga emas meninggal dunia ketika beratur tunggu giliran mengundi

Seorang warga emas wanita tidak sempat mengundi apabila menghembuskan nafas terakhir di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lit Terk, Paloh pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 10.21 pagi itu, Tuminah Ambiah, 85, meninggal dunia sebelum sempat mengundi.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Johor, kejadian berlaku ketika mangsa menunggu giliran untuk mengundi di saluran satu.

PRU15: Dua warga emas meninggal dunia ketika beratur tunggu giliran mengundi

Kakitangan Kementerian Kesihatan yang berada di tempat kejadian mengesahkan kematian warga emas itu.

“Kakitangan KKM mengesahkan kematian warga emas tersebut selepas ambulans tiba di tempat kejadian,” demikian menurut SPR Johor dalam satu kenyataan, di sini.

Sementara itu, seorang lagi pengundi, Sh. Juhara Syed Mohamad, 57, turut dilaporkan meninggal dunia di pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail, dekat sini pukul 9.30 pagi .

Sh. Juhara meninggal dunia selepas mengundi di saluran satu bagi kerusi Parlimen Pulai.

“Mangsa dilaporkan meninggal dunia selepas mengundi apabila mengalami sesak nafas.
“Pengundi hadir ke saluran satu dalam keadaan tidak sihat hasil pemerhatian petugas saluran, tapi ingin meneruskan pengundian,” katanya.
Baca Juga :
Proses pengundian ditangguh, pengundi terpinga-pinga
Warga emas meninggal dunia dalam kereta selepas beberapa minit mengundi
Pakai “vest” yang memaparkan logo parti ketika mengundi, Hadi langgar peraturan SPR?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *