Warga emas meninggal dunia dalam kereta selepas beberapa minit mengundi

Warga emas meninggal dunia dalam kereta selepas beberapa minit mengundi

Warga emas meninggal dunia dalam kereta selepas beberapa minit mengundi. Seorang warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam keretanya hanya beberapa minit selepas mengundi hari ini.

Lelaki berusia 79 tahun itu baru sahaja menjalankan tanggungjawabnya di pusat mengundi SJKC Batu 11 di Cheras, Kuala Lumpur, dan dipercayai menaiki keretanya untuk memandu pulang, lapor Sin Chew Daily.

Beberapa orang yang lalu lalang perasan sesuatu yang tidak kena dengan lelaki itu, walaupun tidak jelas apa yang diperhatikan mereka.

Mereka memanggil ambulans tetapi anggota paramedik yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia. Mayatnya kemudian dibawa ke hospital.

Warga emas meninggal dunia dalam kereta selepas beberapa minit mengundi

Menurut kakitangan perubatan, lelaki itu tinggal di Batu 9, Cheras, dan jarinya ditanda dengan dakwat kekal, menunjukkan beliau telah mengundi lebih awal.

Baca Lagi:
Niat wanita ingin menolong nenek tak kesampaian apabila dihambat dengan penyapu lidi
Gempar!! lelaki berpakaian kostum ‘Captain America’ mengundi di Pulau Pinang
Calon Perikatan Nasional DUN Tioman meninggal dunia
CATEGORIES