Polis Selangor saman kereta polis Johor

Polis Selangor saman kereta polis Johor

Polis Selangor saman kereta polis Johor. Sebuah kenderaan milik polis Kontinjen Johor disaman kerana meletak kenderaan di kotak parkir motosikal di Kuala Kubu Bharu, di sini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata pihaknya mengesan hantaran berhubung perkara itu melalui laman Facebook ‘Kuala Kubu Bharu Resident’.

Beliau berkata, seorang pengguna laman sosial itu memaparkan kenderaan terbabit, yang dipercayai menyalahi peraturan lalu lintas.

Polis Selangor saman kereta polis Johor

“Hasil semakan yang dijalankan mendapati kenderaan berkenaan datang ke Kuala Kubu Bharu di atas urusan rasmi.

“Justeru itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor mengeluarkan saman trafik ke atas kenderaan itu di bawah kesalahan halangan lalu lintas mengikut Kaedah Lalu Lintas 16(1) LN 166/59,” katanya dalam satu kenyataan.

Suffian berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap kesalahan yang dilakukan dan akan mengambil tindakan penguatkuasaan sewajarnyaa.

Pada masa sama, beliau menasihatkan orang awam supaya tidak menularkan kejadian itu, sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Baca Lagi:
Tak perlu tunggu keputusan, ini cara nak keluarkan duit KWSP dengan cara mudah
Zahid Hamidi dedah senarai nama ahli UMNO yang kianat parti, pembersihan besar-besaran akan dilakukan
Tak selesa dengan jiran sebelah, wanita nekad jual rumah besar dengan harga RM292 sahaja
CATEGORIES