Zahid Hamidi dedah senarai nama ahli UMNO yang kianat parti, pembersihan besar-besaran akan dilakukan

Zahid Hamidi dedah senarai nama ahli UMNO yang kianat parti, pembersihan besar-besaran akan dilakukan

Zahid Hamidi dedah senarai nama ahli UMNO yang kianat parti, pembersihan besar-besaran akan dilakukan. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memaklumkan akan ada pembersihan besar-besaran terhadap mereka yang mensabotaj parti dan calon pada pilihan raya umum lalu.

Beliau berkata, perkara itu akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT), hari ini.

Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya sama ada mesyuarat MKT akan menentukan nasib bekas Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin.

Zahid Hamidi dedah senarai nama ahli UMNO yang kianat parti, pembersihan besar-besaran akan dilakukan

“Tunggulah apabila MKT bermesyuarat, untuk dia (Khairy) secara individu tidak penting. Saya kata dalam Perhimpunan Agung (UMNO) baru-baru ini, kita akan lakukan pembersihan secara besar-besaran, termasuk mereka yang mensabotaj parti dan calon parti pada pilihan raya umum lalu dan mungkin termasuk orang yang `menembak kaki sendiri’ ketika pilihan raya diadakan.

“Bila besar-besaran itu maknanya adalah (pembersihan), mana yang belum terasa, insya-Allah malam ini akan terasa,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Penyelarasan bersama EXCO Luar Bandar (MEXCLUB), di sini.

Ditanya sama ada keputusan itu dibuat , Ahmad Zahid meminta media untuk datang beramai-ramai bagi mengetahui senarai mereka yang terbabit.

“Tidak boleh beritahu awal, kalau strategi dikongsi dengan wartawan, tidak lagi jadi strategi, saya harus embargo maklumat itu sehingga waktunya,” katanya.

Difahamkan mesyuarat MKT UMNO hari ini akan menentukan status keahlian Khairy, yang juga bekas Menteri Kesihatan.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu sebelum ini secara terbuka ‘mengkritik’ beberapa pemimpin UMNO, selain lantang bersuara supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti dipertandingkan bagi memastikan amalan demokrasi dalam parti tidak terkubur.

Khairy, yang tewas bertanding pada PRU15 di Parlimen Sungai Buloh, November lalu, secara terbuka turut memaklumkan mahu ‘membersihkan’ UMNO jika menang di kerusi itu.

Khairy juga menarik perhatian apabila mendakwa terdapat ‘perwakilan import’ ketika proses pengundian usul tambahan tiada pertandingan Presiden dan Timbalan Presiden pada Persidangan Agung UMNO 2022, baru-baru ini, yang mana ia dinafikan oleh pimpinan parti berkenaan.

Terdahulu hari ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, memaklumkan UMNO akan memutuskan tarikh pemilihan parti, termasuk bagi jawatan tertingginya pada mesyuarat MKT UMNO, hari ini.

Beliau berkata ia membabitkan pemilihan parti di peringkat cawangan, selain peringkat bahagian, yang dijangka diadakan serentak di 191 bahagian seluruh negara, termasuk untuk memilih pucuk pimpinan tertingginya.

Baca Lagi:
Jersi Terengganu 2023 tarik perhatian dunia, dikatakan mirip jersi terburuk kelab gergasi A.C.Milan
Tindakan berani adik ini memancing di kolam The Mines, dapat ikan besar-besar bas
Tak selesa dengan jiran sebelah, wanita nekad jual rumah besar dengan harga RM292 sahaja
CATEGORIES