Tak selesa dengan jiran sebelah, wanita nekad jual rumah besar dengan harga RM292 sahaja

Tak selesa dengan jiran sebelah, wanita nekad jual rumah besar dengan harga RM292 sahaja

Tak selesa dengan jiran sebelah, wanita nekad jual rumah besar dengan harga RM292 sahaja. Baru-baru ini tular mengenai seorang wanita yang mahu menjual rumahnya dengan harga cuma RM292 (1 juta rupiah) sahaja. selayangpandang.net Sudah pasti sesiapa yang mendengar tawaran itu mesti ramai yang tertarik untuk membelinya bukan?

Menurut wanita dari yang juga pemilik rumah tersebut, dia mahu menjual rumahnya kerana tidak selesa dengan jiran di sebelahnya.

Seorang lelaki yang berminat dengan rumah itu pun berjumpa dengan wanita yang dipanggil Puan Siti selaku pemilik rumah tersebut. Sambil membuat rakaman video, lelaki ini pun berjumpa dan bercakap dengan Puan Siti.

“Puan Siti, katanya nak jual rumah dengan harga sejuta (1 juta rupiah) ya?” tanya lelaki itu.

Tak selesa dengan jiran sebelah, wanita nekad jual rumah besar dengan harga RM292 sahaja

Lelaki itu berasa teruja dan kagum ketika meninjau keadaan rumah yang hendak dijual itu, ternyata rumah berwarna cream dicampur dengan warna biru itu mempunyai ukuran yang luas dan berlantai seramik.

“Mak aih, besar betul rumah ni,” ujarnya

Ketika ditanya mengapa rumah itu hendak dijual, Puan Siti memberikan alasan dia tidak selesa dengan jiran sebelahnya. selayangpandang.net Oleh kerana tertarik dengan keluasan rumah itu, lelaki ini pun membuat keputusan untuk membeli rumah tersebut dan segera menyerahkan wang pendahuluan 50 ribu rupiah (RM14.60).

Walaubagaimanapun, kemudiannya apabila melihat jiran yang dimaksudkan oleh Puan Siti, lelaki ini segera menukar fikirannya. Eh mengapa pula?

Rupanya jiran yang dimaksudkan itu ialah kawasan kubur yang terletak bersebelahan dengan rumah tersebut!

Tak selesa dengan jiran sebelah, wanita nekad jual rumah besar dengan harga RM292 sahaja

“Peh! Kawasan kubur! Patutlah puan rasa tak selesa. Aduh! Tak jadilah nak beli, terima kasih puan,” katanya yang terus angkat kaki berlari meninggaIkan rumah itu.

Sejak dimuat naik, video itu telah ditonton lebih 4 juta views dan mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya juga menolak untuk membeli rumah tersebut meskipun harganya tersangat murah.  selayangpandang.net Ada yang beritahu jangankan sejuta rupiah, diberi percuma pun tidak mahu.

VIDEO:

@bro_tempe di jual nih rumah..murah 😊👍🏻#MerdekaCatetRibet #fyp ♬ suara asli – BRO_TEMPE – bro_tempe

Baca Lagi:
“Adik-beradik mak lain bapak lain”-Netizen
Pernah putus tunang 2 kali, Nasha Aziz akhirnya umum berita gembira pada usia 51 tahun
Penduduk kampung nampak kelibat harimau di taman perumahan Tanjung Malim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *