Penternak kampung jadi penternak kambing ‘kayangan’ baka Red Boer Amerika

Penternak kampung jadi penternak kambing ‘kayangan’ baka Red Boer Amerika

Penternak kampung jadi penternak kambing ‘kayangan’ baka Red Boer Amerika. Mohd Azuan Harun, 36, mengambil keputusan membeli empat kambing spesies itu bermodalkan RM100,000 menggunakan wang simpanan sendiri hasil enam tahun menjadi penternak kambing dan lembu.

Daripada hanya seorang penternak kampung, seorang pemuda kini mengusahakan ladang ternakan kambing ‘kayangan’ baka Red Boer Amerika yang jarang diusahakan di negara ini.

“Ramai penternak tidak dapat membawa masuk kambing baka Red Boer Amerika kerana harganya agak mahal selain boleh didapati dari negara asal iaitu Amerika Syarikat.

Penternak kampung jadi penternak kambing 'kayangan' baka Red Boer Amerika

Dulu penternak kampung, kini usahawan kambing ‘kayangan’

“Saya mahu menjadi penternak berfikir di luar kotak, tidak mahu hanya terikat sebagai penternak kampung semata-mata, sebaliknya bercita-cita tinggi menjadi pembekal kambing atau lembu yang boleh menembusi pasaran antarabangsa.

“Kesemua kambing induk ini dibeli sebulan lalu dan dijangka menghasilkan baka pada Januari tahun hadapan kerana salah seekor kambing betina dibeli itu sudah bunting,” katanya ketika ditemui di ladang ternakan miliknya di Kalahari Red Ayamas Pallas, Kampung Lebai Akil, Chicha Tinggi, di sini, semalam.

Walaupun hanya memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Mohd Azuan membuktikan taraf pendidikan tidak menjadi penghalang buatnya menjadi penternak berjaya yang mampu membiakkan spesies kambing diperoleh dari luar negara itu.

Mohd Azuan berkata, kambing baka Red Boer Amerika boleh dijual seawal usia empat bulan pada harga sekitar RM10,000 sehingga RM15,000 seekor, sekali gus dapat memberi pendapatan lumayan kepada pengusahanya.

Mohd Azuan Harun, 36, menunjukkan salah seekor kambing baka Red Boer Amerika yang dibelinya sebulan lalu untuk dibiakkan agar dapat menjadi pengusaha perintis kambing spesies berkenaan di Malaysia.

Katanya, dia dibantu seorang pekerja menjaga semua ternakan dengan baik termasuk kebersihan ladang serta memberikan makanan rumput, dedak serta vitamin agar lembu dan kambing sentiasa dalam keadaan sihat.

Dia yang juga bapa kepada dua cahaya mata berusia dua dan lima tahun, kini memiliki 10 ekor kambing termasuk baka Kalahari Red serta Boer Panda selain 10 ekor lembu jenis Limousine dan Charolais.

“Selain itu, saya sentiasa merujuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar berkaitan ternakan ini, malah empat kambing baka Red Boer Amerika milik saya memiliki surat beranak sebagai bukti ia dibawa masuk secara sah.

“Besar harapan saya agar impian menjadi pembekal kambing spesies antarabangsa ini menjadi kenyataan dan saya menasihatkan anak muda lain supaya berani mencuba bidang penternakan kerana ia boleh memberi pendapatan lumayan.

“Hanya perlu ada usaha, kerajinan serta keberanian untuk mengusahakan ternakan, barulah ia menjadi kenyataan,” ,” katanya yang mempunyai pelanggan lembu dan kambing dari seluruh negara.

Baca Lagi:
Zahid Hamidi dedah senarai nama ahli UMNO yang kianat parti, pembersihan besar-besaran akan dilakukan
Bertahun kahwin aku masih dara, suami tak pernah sentuh tanda bukti dia sayangkan perempuan itu
Tindakan berani adik ini memancing di kolam The Mines, dapat ikan besar-besar bas
CATEGORIES