Pakar bedah paling laju di dunia, nak potong kaki, terpotong telur pesakit sekali

Pakar bedah paling laju di dunia, nak potong kaki, terpotong telur pesakit sekali

Pakar bedah paling laju di dunia, nak potong kaki, terpotong telur pesakit sekali. Sekitar abad ke 19, kita ada pakar bedah lejen ni bernama Robert Liston. Belialu ni terkenal sebab bila dia bedah je mesti laju je siap. Cuma tu lah, dia punya laju tu tak relaks langsung sampai benda lain sekali dia bedah.

Contoh macam satu kes ni, dia kena potong kaki pesakit dia. Dia potong kaki pesakit tu dalam 2.5 minit je, sangat pantas. Punya la laju dia potong, sekali dengan jari pembantu bedah dia si Robert ni potong. Pesakit tu dengan pembantu dia tu akhirnya meninggal sebab gangrene.

Pakar bedah paling laju di dunia, nak potong kaki, terpotong telur pesakit sekali

Dalam kes lain, beliau pernah potong kaki pesakitnya yang lain dalam masa 2.5 minit, sekali dengan telur pesakit tu. Naya pak karim member tu. Dalam satu catatan, ada yang cerita macam mana si Robert ni bedah orang.

Diperkatan bila Robert ni nak bedah orang, dia akan suruh orang catat masa dia kuat kuat. Lepas tu masa nak bedah tu memang sangat laju. Mula mula potong kulit, tau tau Robert dah mula gergaji tulang pesakit. Sebab nak gergaji ni kena guna dua belah tangan, jadi Robert akan gigit pisau pemotong dia guna mulut kasi pegang elok elok.

Walau bagaimanapun, bukan semua benda Robert ni buat benda teruk. Beliau dikenali sebagai pencipta forsep bulldog yang bertindak sebagai pengepit arteri dan juga tukang bedah pertama yang guna ubat bius dalam operasi bedah di Eropah.

Baca Lagi:
Tengku Zafrul ditegur salah ejaan ‘Insya-Allah’
Wang kertas RM1 tandatangan Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman harga cecah RM6,000 sekeping
Bekas pegawai KBS didenda RM284.2 juta, penjara 15 tahun
CATEGORIES