Tengku Zafrul ditegur salah ejaan ‘Insya-Allah’

Photo of author

By Joe

Tengku Zafrul ditegur salah ejaan ‘Insya-Allah’. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima teguran daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berhubung satu kesalahan ejaan.

Tengku Zafrul berkata, selama ini, beliau tidak mengetahui ejaan yang betul dan berterima kasih kepada DBP kerana menegur.

Tengku Zafrul ditegur salah ejaan 'Insya-Allah'

“Apa ejaan yang betul? Selama ini saya guna InsyaAllah tapi sekarang saya dah tahu ejaan sebenar ialah insya-Allah.
“Terima kasih @DBPMalaysia kerana menegur ejaan. Lepas ni, saya akan lebih teliti dengan penggunaan istilah ini, insya-Allah,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Rabu.

Pada 31 Mac lalu, DBP melalui satu surat rasmi memaklumkan pihak mereka menerima aduan daripada pengguna bahasa Melayu tentang kesalahan ejaan perkataan tersebut pada hantaran Twitter Tengku Zafrul.
Jelasnya, ejaan yang betul bagi perkataan tersebut mengikut Kamus Dewan Perdana ialah ‘insya-Allah’.

Baca Lagi:
Ini cara nak tahu tempat yang mengandungi emas yang banyak
Lelaki ini berjaya mengumpul RM1.6 juta dalam masa 1 tahun, ini 3 kerja yang dia buat dalam satu masa
2 beranak terkejut besar jumpa peti besi berisi duit ribuan ringgit dalam tasik