Pengunjung ceramah PH terkejut diperiksa aplikasi MySejahtera

WhatsApp Image 2018 03 04 at 00.15.52.jpeg.transformed

Pengunjung ceramah PH terkejut diperiksa aplikasi MySejahtera. Beberapa pengunjung yang hadir ceramah politik sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, di sini, terkejut apabila anggota penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mendekati mereka bagi memeriksa aplikasi MySejahtera.

Ia berikutan terdapat pengunjung terlupa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutama mengimbas kod QR kehadiran di aplikasi MySejahtera.

Pengunjung ceramah Pakatan Harapan (PH) yang diadakan di Pusat Khidmat Parti Amanah Negara (AMANAH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar, di Taman Mutiara Rini, di sini, yang terkejut dilihat segera bangun bagi mengimbas kehadiran mereka.

Bagaimanapun, tiada pengunjung dikompaun berikutan penguat kuasa bertugas yang hadir hanya memberi peringatan supaya mereka mematuhi SOP ditetapkan.

Pada 18 Februari lalu, penganjuran ceramah, syarahan atau kempen di PRN Johor dilaporkan dibenarkan dengan kehadiran tidak melebihi 100 orang.

Hanya individu lengkap divaksinasi dibenar hadir dengan penganjur perlu mendapatkan permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), manakala setiap aktiviti hanya dibenarkan selama dua jam dan tidak melebihi jam 10 malam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut menetapkan penganjur, urus setia, penceramah dan peserta dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter di antara satu sama lain serta memakai pelitup muka.

Semua yang hadir juga perlu mengimbas kod QR MySejahtera atau mencatat kehadiran termasuk nama, nombor telefon dan masa, dalam buku disediakan.

 

Baca lagi:

Aksi polis trafik berjoget dangdut menghiburkan pengguna jalan raya

Beku akaun pelanggan, CIMB Bank diheret ke Mahkamah

KJ ‘kecek Kelantan’ pujuk rakyat Kelantan ambil vaksin dan dos penggalak

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.