KJ ‘kecek Kelantan’ pujuk rakyat Kelantan ambil vaksin dan dos penggalak

KJ ‘kecek Kelantan’ pujuk rakyat Kelantan ambil vaksin dan dos penggalak

KJ ‘kecek Kelantan’ pujuk rakyat Kelantan ambil vaksin dan dos penggalak. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyeru rakyat di negeri Kelantan untuk segera mengambil suntikan vaksinasi serta dos penggalak bagi melindungi diri daripada wabak Covid-19.

Beliau berkata demikian menerusi satu ciapan yang dimuat naik di laman Twitter miliknya hari ini.

Menurut Khairy Jamaluddin, setakat ini Kelantan merekodkan jumlah penerima dos penggalak paling rendah berbanding negeri-negeri lain.

KJ ‘kecek Kelantan’ pujuk rakyat Kelantan ambil vaksin dan dos penggalak

“Sekarang ini Kelantan paling rendah sekali ambil booster, saya runsing, pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sana sedang penuh.

“Saya harap sangat semua penduduk di Kelantan supaya cucuk vaksin dan booster,” ciapnya.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsikan data semasa mengenai jumlah penerima dos penggalak bagi setiap negeri.

Terdahulu, Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, Kelantan merupakan antara tiga negeri mencatatkan kadar vaksinasi terendah dalam kalangan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun selain di Terengganu dan Sabah.

Baca Lagi:

‘Presiden kami paling berani di dunia, kami akan mempertahankan kedaulatan Ukraine’

Seorang askar Ukraine dijulang sebagai wira negara, letupkan diri halang kemaraan tentera Rusia

[VIDEO] Pendaki terkejut salji turun di Gunung Kinabalu

CATEGORIES