Aksi polis trafik berjoget dangdut menghiburkan pengguna jalan raya

Aksi polis trafik berjoget dangdut menghiburkan pengguna jalan raya. Aksi seorang polis trafik di Indonesia mengawal lalu lintas sambil berjoget lagu dangdut menjadi tular di media sosial, lapor laman Suara.com, semalam.

Menerusi video yang dimuat naik di @underc0ver.id, polis yang memakai uniform lengkap dengan topi putih dan rompi berwarna hijau neon gembira berjoget ketika menjalankan tugas. Telatah polis trafik itu mengundang komen positif daripada warga net yang memuji itu tandanya dia sangat mencintai kariernya.

“Begini baru terbukti cintai pekerjaan anda walaupun penat menjalankan tugas seharian,” komen seorang pengguna media sosial.

“Pemandu kenderaan juga boleh hilang tekanan melihat gaya polis ini menari,” komen seorang lagi.

Baca lagi: 

TERKINI : Letupan berlaku di Kilang Lotte Chemical Titan Pasir Gudang

Kerajaan lambat bertindak selamatkan rakyat Malaysia di Ukraine

Gara-gara beli kambing online, RM13,500 lesap

Leave a Reply

Your email address will not be published.