[VIDEO] Tiga sekeluarga rentung dalam kebakaran

[VIDEO] Tiga sekeluarga rentung dalam kebakaran

[VIDEO] Tiga sekeluarga rentung dalam kebakaran. Tiga sekeluarga rentung dalam kebakaran yang memusnahkan dua rumah di Kampung Bahagia Jaya, Jalan Burung Beliris, Sibu malam tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii, berkata kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 8 malam tadi, dengan kedua-dua rumah terbakar itu musnah sepenuhnya.

Beliau berkata, mayat tiga mangsa yang rentung iaitu Rashidah Suut, 81; Taip Bus, 55, dan Sima Abdullah,18, ditemui dalam rumah berkenaan.

 

“Sepasukan 11 anggota bomba diketuai Pegawai Bomba Kanan Yusuf Tar dari dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah serta sebuah jentera FRT Scania dan EMRS dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 8.12 malam.

“Pasukan bomba menemui mayat ketiga-tiga mangsa yang rentung dalam rumah itu,” katanya.

Beliau berkata, BBP Sibu Sentral turut membantu operasi memadam kebakaran yang memusnahkan keseluruhan struktur rumah jenis tidak kekal itu.

Katanya, punca kebakaran masih dalam siasatan.

 

Baca lagi:

Cara Pam Angin Tayar Dengan Betul, Jangan Pam Secara Berlebihan!

‘Kantoi’ buang sampah ikut tingkap, pemandu Myvi dikecam

Perang Rusia-Ukraine : Kematian tragis kanak-kanak 6 tahun buat pasukan perubatan menangis

 

CATEGORIES
TAGS