Penduduk gempar beratus buaya kelaparan sampai makan sesama buaya

Penduduk gempar beratus buaya kelaparan sampai makan sesama buaya

Penduduk gempar beratus buaya kelaparan sampai makan sesama buaya. Penduduk sebuah kampung di Thailand gempar apabila beratus-ratus buaya yang kelaparan didapati makan sesama sendiri di sebuah ladang ternakan yang terbiar, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kira-kira 190 ekor buaya dikurung di dalam kandang berhampiran sebuah kampung di wilayah Songkhla, selatan Thailand di mana pemiliknya menternak buaya untuk menghasilkan produk barangan kulit.

Buaya-buaya itu bagaimanapun terabai selepas pemilik ladang meninggal dunia tahun lalu.

Penduduk gempar beratus buaya kelaparan sampai makan sesama buaya

Menurut penduduk, beberapa ekor buaya keluar dari kandang semasa musim hujan dan masuk ke kampung, menyebabkan penduduk ketakutan.

Beberapa ekor buaya mati kelaparan dan sebilangan lagi mula menyerang dan makan antara satu sama lain.

Menerusi klip video yang dirakam pegawai pejabat perikanan wilayah, buaya yang tidak berjaya melepaskan diri dari kandang mati dengan bangkai mereput terbiar di kolam yang keruh.

Ketika melakukan pemeriksaan pada 27 Februari lalu, pegawai undang-undang Pejabat Perikanan Wilayah Songkhla, Phirat Tangsukcharoenkun mendapati kandang itu dipenuhi rumput tinggi dan pokok anggur yang menjadi semak.

Phirat berkata, daripada anggaran 190 ekor buaya, jumlahnya berkurangan kepada sekitar 100 ekor.

Phirat menambah bahawa sebuah syarikat swasta di Chonburi telah mengupah pemilik ladang itu untuk menternak buaya sehingga berusia dua tahun sebelum kulit haiwan itu disiat. Akan tetapi, pemilik itu telah meninggal dunia.

Setiausaha Majlis Pertubuhan Pentadbiran Daerah Wat Khanun, Amorn Putkong berkata, pihaknya telah menghubungi syarikat swasta berkenaan untuk menjaga buaya-buaya berkenaan.

Baca Lagi:
Pemuda ini rayu Agong tarik semula gelaran ‘Tan Sri’ Hadi Awang
Lelaki ini berjaya rakam ruang dalaman Proton X90 (VX11) buat kali pertama sebelum keluaran rasmi
Status terkini Muhyiddin selepas didakwa ditahan ketika main golf
CATEGORIES