Pemuda ini rayu Agong tarik semula gelaran ‘Tan Sri’ Hadi Awang

Pemuda ini rayu Agong tarik semula gelaran ‘Tan Sri’ Hadi Awang

Pemuda ini rayu Agong tarik semula gelaran ‘Tan Sri’ Hadi Awang. Pemuda Amanah memohon pertimbangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya menarik semula gelaran ‘Tan Sri’ yang dianugerahkan kepada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, dua tahun lalu kerana “kebiadaban dan sikap tidak menghormati” titah Seri Paduka serta Raja-raja Melayu.

Menurut Naib Ketua Pemuda Amanah, Abbas Salimmi Adzmi, ini berhubung kenyataan ahli Parlimen Marang itu baru-baru ini yang mengakui ada usaha untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim, yang menurutnya bertentangan dengan titah baginda yang mahukan kestabilan politik.

“Perkara yang dilakukan oleh Hadi ini tidak boleh dibiarkan. Banyak kali Tuanku menitahkan bermula daripada penubuhan kerajaan supaya kita bersama mempertahan kerajaan dan memulihkan keadaan negara.
“Seharusnya sebagai ahli politik yang senior dan berimejkan Islam serta mempunyai gelaran tuan guru, dia sepatutnya bersama-sama membina negara, demi rakyat bukannya gila kuasa dan mahu menjatuhkan kerajaan,” kata Abbas Salimmi kepada media ketika menghantar memorandum menggesa supaya tindakan diambil ke atas Hadi di Istana Negara pagi tadi.

Pemuda ini rayu Agong tarik semula gelaran 'Tan Sri' Hadi Awang

Dia merujuk kenyataan timbalan pengerusi Perikatan Nasional (PN), itu, baru-baru ini yang mengakui bahawa usaha sedang dilakukan untuk menjatuhkan kerajaan persekutuan semasa.

Hadi berkata bahawa perubahan kerajaan merupakan satu perkara yang biasa dalam politik dan adalah dibenarkan dalam negara demokrasi.

Abbas Salimmi mendesak supaya “tindakan drastik” diambil terhadap mereka yang cuba mengugat kestabilan negara.

“Kami menjunjung institusi raja-raja dan Tuanku adalah payung rakyat. Kita mahukan tindakan drastik kepada mereka yang mahu mengganggu gugat kestabilan negara.

“Cukuplah berpolitik ini adalah masa untuk kita menumpukan kepada pembangunan negara, jangan hanya pandai meminta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tetapi dalam masa yang sama mahu menjatuhkan kerajaan,” katanya.

Menurut Abbas Salimmi, Pemuda Amanah akan mengadakan jerayawara di seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak, untuk meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat, jika Hadi meneruskan kenyataan “biadap” itu.

Baca Lagi:
Status terkini Muhyiddin selepas didakwa ditahan ketika main golf
Farid Kamil buat pendedahan, ‘Dialah yang memukul Diana’ trauma sampai sekarang
Muhyiddin bakal ditahan dan dihadapkan ke mahkamah paling awal
CATEGORIES