Pelanggan tak kemas meja lepas makan di restoran akan didenda

Pelanggan tak kemas meja lepas makan di restoran akan didenda

Pelanggan tak kemas meja lepas makan di restoran akan didenda. Sebanyak 73 amaran bertulis dikeluarkan kepada pengunjung kedai makan dalam tempoh seminggu sejak permulaan penguatkuasaan terhadap individu yang tidak memulangkan dulang dan pinggan mangkuk selepas makan, menurut pihak berkuasa, semalam.

Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) dan Agensi Makanan Singapura (SFA) dalam satu kenyataan berkata, minggu lalu, operasi penguatkuasaan harian dilakukan di 95 pusat penjaja dan 120 kedai kopi atau medan selera.

Pelanggan tak kemas meja lepas makan di restoran akan didenda

“Setiap pengunjung yang diberikan amaran bertulis akan dipantau oleh pegawai penguat kuasa supaya mereka membersihkan meja secara fizikal.
“Bagaimanapun penguatkuasaan tidak akan dikenakan kepada warga emas yang lemah, kurang berkemampuan, atau kanak-kanak yang tidak dapat membersihkan meja mereka.
“Dalam keadaan sedemikian, ahli keluarga atau rakan yang ada di situ harus membantu membersihkan meja,” menurut agensi itu sebagaimana dilaporkan CNA.

Pihak berkuasa turut mengingatkan pengunjung supaya tidak meninggalkan sampah seperti tisu terpakai, tin minuman, kerang dan tulang.

“Walaupun tukang cuci akan mengelap meja selepas digunakan, kami menggalakkan pengunjung untuk memastikan meja sentiasa bersih sebaik mungkin, terutama waktu puncak.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada sebahagian besar pengunjung yang mempamerkan kesopanan sosial di pusat penjaja, kedai kopi dan medan selera serta menggesa orang ramai untuk bekerjasama dengan pegawai penguat kuasa jika didekati,” menurut NEA dan SFA.

Sejak penguatkuasaan dipertingkatkan bermula 1 Jun lalu, tiada denda dikeluarkan kerana tiada pesalah berulang.

Di bawah penguatkuasaan yang dipertingkatkan, pesalah kali pertama akan diberi amaran bertulis, manakala pesalah berulang akan didenda atau didakwa di mahkamah.

Sebelum langkah lebih tegas, pegawai penguat kuasa hanya akan mengeluarkan amaran bertulis kepada mereka yang enggan mengendahkan nasihat memulangkan dulang dan pinggan.

Peraturan untuk memulangkan dulang dan pinggan mangkuk dilaksanakan sejak 1 September 2021 untuk pusat penjaja, manakala bermula 1 Januari 2022 untuk kedai kopi dan medan selera.

Sehingga Mei, purata kadar pulangan dulang dan pinggan mangkuk di pusat penjaja meningkat kepada 91 peratus, daripada 65 peratus pada Ogos 2021.

Kedai kopi dan medan selera juga mengekalkan kadarnya pada 90 peratus pada Disember 2022.

Baca Lagi:
Ramai tak tahu, kalau ‘button’ periuk nasi rosak, jangan beli baru, tukar ni je settel masalah
“Rupa cantik pun kena tinggal”, rupanya ini punca sebenar pemain bola sepak pukul teman wanita
Lelaki jadi jutawan selepas mesin ATM rosak, duit keluar sendiri RM7.4 juta tanpa dikesan pihak bank
CATEGORIES