Selesai majlis kahwin Janna Nick, tak sangka rupanya ada kisah sedih tentang ibubapanya yang ramai tak tahu

Photo of author

By Joe

Selesai majlis kahwin Janna Nick, tak sangka rupanya ada kisah sedih tentang ibubapanya yang ramai tak tahu. Pelakon dan penyanyi, Janna Nick gagal menahan air mata apabila melihat ibu bapanya hadir serta disatukan kembali dalam majlis perkahwinannya.

Memori indah

Selesai majlis kahwin Janna Nick, tak sangka rupanya ada kisah sedih tentang ibubapanya yang ramai tak tahu

Menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, melihat ibu bapanya disatukan kembali merupakan memori yang cukup indah dan tidak akan dilupakan dalam hidupnya.

Saya sangat berbesar hati melihat rakan-rakan selebriti yang sanggup datang dari Kuala Lumpur terbang ke sini (Langkawi).

Dan memori yang paling tidak akan saya lupakan sampai bila-bila apabila kedua-dua buah keluarga saya dapat disatukan kembali dalam sebuah majlis.

Saya dapat tengok mak dan ayah saya dalam satu majlis. Saya dapat juga tengok Tok Wan.

Terima kasih sangat-sangat. Ia adalah perkara yang sangat bermakna untuk saya.

Janna berkata demikian ketika membuat ucapan di hadapan tetamu yang hadir pada resepsi persandingannya di Langkawi.

Ucapan tersebut kemudian dirakam dan dimuat naik di Instagram Stories (IG Story) milik aktres Nora Danish.

Sebelum ini, Janna menerusi sebuah video wawancara pernah berkongsi mengenai kisah hidupnya ketika kecil yang penuh suka dan duka.

Menerusi wawancara tersebut, aktres berusia 28 itu mendedahkan, ibu bapanya sudah berpisah ketika usianya sembilan tahun dan sejak daripada itu dia telah memilih untuk tinggal bersama neneknya.

Pada ketika itu juga, liku kehidupannya bermula dan banyak masanya dihabiskan bersama rakan-rakan.

Terdahulu, Janna selamat bergelar isteri kepada aktor Dini Schatzmann dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di Langkawi.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Janna sendiri, Muner Abdullah bersaksikan Pengerusi Masjid Aisyah, Haji Othman Yahya serta sepupu pengantin perempuan, Amir Fikri dan Amar Fikri.

Dalam majlis serba indah yang berlangsung di Masjid Aisyah, Dini turut menyerahkan mas kahwin RM2,703 kepada Janna dan seutas rantai emas.

Baca Lagi:
Lelaki jadi jutawan selepas mesin ATM rosak, duit keluar sendiri RM7.4 juta tanpa dikesan pihak bank
Pelajar universiti temui kepala tikus dalam makanan cetus perdebatan netizen selepas pihak universiti kata leher itik
Suami letak kamera monitor bayi, sekali terkejut ada kelibat isteri dengan lelaki lain, akhirnya ini yang terjadi