Pelanggan ‘Bertekak’ dengan staf restoran gara-gara ayam goreng dikecam

Pelanggan ‘Bertekak’ dengan staf restoran gara-gara ayam goreng dikecam

Pelanggan ‘Bertekak’ dengan staf restoran gara-gara ayam goreng dikecam.

Tular di media sosial rakaman perbalahan yang berlaku di antara pelanggan dan staf di sebuah restoran makanan segera. Rakaman yang tular itu turut menimbulkan rasa tidak puas hati netizen apabila pekerja tersebut diasak dengan pelbagai soalan dari pelanggan itu yang tidak dapat mengawal kemarahannya.

Menerusi video yang dikongsikan ini, kelihatan pengurus di sebuah restoran makanan segera yang berada di kaunter sambil melayan kerenah pelanggan tersebut. Difahamkan, pelanggan itu tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pekerja di situ.

Dalam masa yang sama, pelanggan itu turut kedengaran memarahi pekerja di situ dan meninggikan suaranya. Dia juga turut menyentuh mengenai isu ayam goreng yang dibangkitkannya sebelum itu namun telahpun dijawab oleh pengurus restoran ini.

@prepareforfuture #cheap5shop #prepareforfuture #anwmalaysia #bad #badservice #badexperience ♬ original sound – prepareforfuture

\

Apa yang membuatkan ramai geram melihatnya ialah pelanggan tersebut tidak henti-henti memarahi pekerja terbabit dan langsung tidak memberikannya peluang untuk bercakap. Selepas diasak berkali-kali dengan pelbagai soalan, pengurus itu kemudiannya cuba beredar dari situ namun kembali semula untuk memberikan penjelasan.

Kebanyakan netizen turut mengecam tindakan pelanggan tersebut yang dilihat tidak memberikan peluang kepada pengurus itu untuk menjelaskan apa yang berlaku. Malah netizen menganggap pelanggan terbabit seperti sengaja membangkitkan kemarahan pekerja itu berkaitan isu kecil.

“Customer not always right.”

Pelanggan 'Bertekak' dengan staf restoran gara-gara ayam goreng dikecam

“Tengok cara customer ni cakap pun tahu memang suka cari masalah.”

Pelanggan 'Bertekak' dengan staf restoran gara-gara ayam goreng dikecam

“The thing is the customer tak bagi langsung staff tu explain, makin tinggi suara memang angin lah staff tu…”

Pelanggan 'Bertekak' dengan staf restoran gara-gara ayam goreng dikecam

“Kadang kita cool tapi customer macam ni suka provoke sampai kita pulak jadi macam dia. Pastu kita balik salah.”

Pelanggan 'Bertekak' dengan staf restoran gara-gara ayam goreng dikecam

Baca Lagi:

Bilik sewa besar kubur, harga RM300 kononnya dapat view KLCC

Tengok bola secara ‘live’, pemuda terkejut nampak kekasihnya bersama lelaki lain sedang berpeluk

Pemuda ini dedah ada ‘ular disebalik batu’, patutlah KJ bersunguh-sunguh pertahan GEG

CATEGORIES