Bilik sewa besar kubur, harga RM300 kononnya dapat view KLCC

Bilik sewa besar kubur, harga RM300 kononnya dapat view KLCC

Bilik sewa besar kubur, harga RM300 kononnya dapat view KLCC.

Realiti hidup di bandar Kuala Lumpur ini sememangnya perit kerana boleh dikatakan semuanya mahal terutamanya sewa rumah.

Harga bagi bilik sewa juga boleh tahan tinggi membuatkan ramai individu yang merantau terpaksa hidup dalam suasana tidak menyenangkan.

Seperti perkongsian seorang wanita ini yang tular di Twitter, menunjukkan sebuah bilik sewa yang terletak di Taman Maluri, Cheras.

Gambar itu mendapat perhatian ramai warganet kerana saiznya terlalu kecil jika nak dibandingkan dengan harga sewa ditetapkan iaitu RM300.

Jelasnya, tuan rumah juga turut berkata kelebihan bilik itu adalah berdekatan dengan LRT, pusat beli belah Pavilion serta KLCC ‘view’.

Ramai netizen memberikan reaksi dan komen masing-masing di mana rata-ratanya sangat terkejut dengan bilik sekecil itu dan harga sewanya yang ‘mencekik darah’.

Selain itu, ramai turut menunjukkan bilik sewa mereka, ada yang sempat meletakkan iklan untuk mencari ‘roomate’ serta segelintir dilihat mencadangkan bilik atau rumah yang lebih berbaloi.

Baca Lagi:

Gali kubur semata-mata mahu rogol mayat remaja perempuan OKU, 17 remaja disiasat polis

Perginya seorang ibu di hari kepulangan anaknya, gadis ini berlari ke kubur takut tak sempat tatap wajah arwah

Mula-mula rasa seram tapi bila fikir balik, saya rasa sedih..Wanita terakam suara orang menjerit di sekitar kubur anaknya

CATEGORIES