Pelabur asing lari dari Malaysia selama 3 minggu berturut-turut

Pelabur asing lari dari Malaysia selama 3 minggu berturut-turut

Pelabur asing lari dari Malaysia selama 3 minggu berturut-turut. Pelabur asing terus lari dari Malaysia untuk minggu ketiga berturut-turut, walaupun kadar jualannya dilihat lebih perlahan iaitu sebanyak RM536 juta minggu lalu, berbanding RM556.9 juta minggu sebelumnya.

Seperti minggu sebelum itu, suhu politik negara yang meningkat, selain ketiadaan dasar kukuh kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) untuk memulihkan ekonomi negara, menjadi sebab pelabur asing menjual ekuiti mereka di Malaysia.

Dalam laporan aliran pasaran pada Isnin (20 Mac 2023), Royce Tan Seng Hooi dari MIDF Research berkata dana terus meninggalkan Bursa Malaysia secara berterusan untuk minggu ketiga berturut-turut.

Pelabur asing lari dari Malaysia selama 3 minggu berturut-turut

Beliau berkata jualan bersih pelabur asing adalah sebanyak RM536.0 juta minggu lepas, hanya 3.8 peratus lebih rendah daripada jumlah jualan bersih RM556.9 juta minggu sebelumnya.

“Mereka menjualnya setiap hari dalam seminggu, dengan jumlah tertinggi dicatatkan pada Selasa iaitu RM251.3 juta, diikuti RM99.7 juta pada Khamis dan RM90.3 juta pada Jumaat.
“Sentimen kekal lemah berikutan cabaran yang dihadapi dalam sektor perbankan Amerika Syarikat (AS). Pelabur asing telah menjadi penjual bersih selama 13 hari dagangan sejak 1 Mac,” katanya menurut laporan The Edge Market.

Royce Tan berkata setakat tahun ini, jumlah jualan bersih ekuiti domestik oleh pelabur asing bernilai RM1.78 bilion, berbanding RM1.24 bilion pada minggu sebelumnya.

Beliau berkata daripada 11 minggu setakat tahun ini, pelabur asing telah menjadi penjual bersih selama lapan minggu.

“Sektor yang menyaksikan aliran masuk asing bersih ialah pembinaan (RM67.9 juta), teknologi (RM13.2 juta) serta pengangkutan dan logistik (RM7.8 juta).

“Manakala sektor yang menyaksikan aliran keluar asing bersih ialah perkhidmatan kewangan (RM359.5 juta), produk dan perkhidmatan perindustrian (RM90.3 juta) serta produk dan perkhidmatan pengguna (RM63.5 juta).

“Sementara itu, institusi tempatan terus menyokong ekuiti domestik, belian bersih untuk minggu ketiga berturut-turut,” katanya.

Royce Tan berkata mereka membeli RM565.7 juta ekuiti domestik – jumlah mingguan tertinggi pada 2023 dan tertinggi sejak minggu berakhir 9 Disember 2022.

Beliau berkata institusi tempatan adalah pembeli bersih setiap hari, paling kukuh dilihat pada Jumaat iaitu sebanyak RM187.7 juta.

“Berbanding pelabur asing, mereka menjadi pembeli bersih setiap hari sejak 1 Mac. Mereka telah membeli RM1.76 bilion ekuiti, dengan lapan daripada 11 minggu belian bersih,” katanya.

Menurutnya peruncit tempatan bertukar menjadi penjual bersih pada kadar RM29.7 juta minggu lepas, selepas pembelian bersih tiga minggu berturut-turut.

“Jumlah jualan bersih tertinggi oleh peruncit tempatan adalah pada Jumaat iaitu sebanyak RM97.5 juta,” katanya.

Dari segi penyertaan, beliau berkata terdapat peningkatan dalam purata volum dagangan harian (ADTV) dalam kalangan peruncit tempatan sebanyak 18.4 peratus, institusi tempatan (40.4%) dan pelabur asing (51.0%).

Mengulas mengenai senario global, Royce Tan berkata pasaran bergerak pantas minggu lalu berikutan kesan daripada kegawatan perbankan yang dicetuskan oleh kegagalan Silicon Valley Bank (SVB) dan Signature Bank di Amerika Syarikat.

Ini berlaku kerana pelabur berhati-hati mengenai kemungkinan kelembapan atau jeda dalam kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Rizab Persekutuan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) minggu ini.

Beliau berkata pengawal selia mengawal Signature Bank pada 12 Mac, apabila pendeposit mengeluarkan berbilion-bilion dolar daripada bank yang berpangkalan di New York itu, susulan kebimbangan terhadap kejatuhan SVB.

“Pencetus seterusnya adalah di Switzerland, kerana Credit Suisse menyaksikan harga sahamnya merosot kira-kira 30%, memaksanya meminjam sehingga AS$54 bilion daripada Swiss National Bank untuk meningkatkan kecairannya,” katanya.

Baca Lagi:
Tular video 4 lelaki mengaku Nabi Muhammad itu Allah diburu polis
Wang kertas RM50 dijual harga RM708,000 sekeping, ini kelebihan yang ada sampai boleh dijual harga tinggi
Dr ini ajar cara masak Mee Segera yang betul, nak makan kerap pun dah tak risau
CATEGORIES