Patutlah orang dulu-dulu semua kurus belaka, rupanya ini rahsia beras pulut yang ramai tak tahu

Patutlah orang dulu-dulu semua kurus belaka, rupanya ini rahsia beras pulut yang ramai tak tahu

Patutlah orang dulu-dulu semua kurus belaka, rupanya ini rahsia beras pulut yang ramai tak tahu. Banyak rupa-rupanya rahsia beras pulut yang ramai tidak tahu. Ada banyak khasiat baik untuk tubuh badan manusia.

Beras pulut, juga dikenali sebagai pulut adalah sejenis beras yang mempunyai tekstur melekit dan biasanya digunakan dalam masakan Asia Tenggara dan Timur seperti ketupat, lemang serta pulut.

Selain itu, beras pulut juga mempunyai beberapa khasiat kesihatan yang mungkin ramai orang tidak tahu.

Patutlah orang dulu-dulu semua kurus belaka, rupanya ini rahsia beras pulut yang ramai tak tahu

Ikuti perkongsian Doktor Fatimah Salim melalui hantaranya di Facebook. Beliau terangkan, mengapa beras pulut mempunyai khasiat baik khususnya di perut.

RAHSIA BERAS PULUT YANG RAMAI ORANG TAK TAHU

Ini baki nasi pulut saya masak petang tadi. Mak mertua tanya saya letak apa dalam pulut ini? Sedap katanya.

Saya cakap air, minyak kelapa dan sedikit garam. Saya tanak atas dapur gas dengan api sangat perlahan sehingga masak.

Beras pulut kaya dengan bahan kimia polimer (aka kanji) jenis amylopectin. Kanji jenis ini adalah punca struktur pulut lebih lutsinar, kembang dan melekit.

Pengelatinan kanji sangat penting untuk membantu proses penghadaman pulut dalam badan.

Penghadaman yang bagus akan mengurangkan fermentasi kanji dalam usus besar oleh bakteria. Kurang fermentasi dalam usus, bermaksud kuranglah pembentukan gas, tiadalah ‘kembung’ atau istilah biasa ‘angin’.

Tips: Kajian menunjukkan memasak pulut dengan nisbah (1:2) untuk (beras:Air) adalah kaedah terbaik untuk mengoptimumkan pengelatinan kanji dalam beras pulut. Merendam seketika beras pulut sebelum memasak juga boleh membantu.
Nota: Bahasa mudah untuk faham proses pengelatinan adalah ‘proses pertukaran beras kepada nasi’.

Namun, seperti makanan lain, pengambilan beras pulut mestilah seimbang. Pengambilan beras pulut secara berlebihan boleh menyebabkan berat badan bertambah kerana kandungan kalorinya yang tinggi. Ia sentiasa penting untuk mengekalkan diet yang seimbang dan pelbagai.

Semoga bermanfaat.

Baca Lagi:
Sebanyak 154 ajaran difatwakan sesat di Malaysia
Pegawai polis wanita didakwa pakai jam tangan mewah ketika sidang media, ini hasil siasatan siap resit pembelian
Bahaya gurau tarik kerusi, anak istimewa kini terlantar tak boleh duduk lama
CATEGORIES