Pakcik dan nenek suka kikis duit ayah aku, lepas ayah meninggal, aku pula jadi mangsa, sekali ini yang aku balas..

Photo of author

By Joe

Pakcik dan nenek suka kikis duit ayah aku, lepas ayah meninggal, aku pula jadi mangsa, sekali ini yang aku balas… #Foto sekadar hiasan. Salam. Aku Misa, tu nama panggiIan je. Umur 24 tahun. Aku nak cerita kisah aku sebagai cucu sulung kepada family beIah ayah aku. Arwah ayah aku anak sulung dan aku pula merupakan cucu sulung.

Masa aku umur 6 tahun, aku selalu dengar mak ayah aku gaduh pasal duit. Arwah ayah aku kena sara nenek (60an), makcik (20an) dan pakcik (30an) aku. Ni umur mereka masa aku kecil. Sekarang malas dah kira, semua dah tua bangka.

Nenek aku jenis yang menangkan anak – anak yang duduk dengan dia daripada anak yang betul – betul bekerja dan sara keluarga. Ayah aku bagi duit belanja, bayar bil, beli grocery tapi hujung bulan masih lagi minta duit.

Pakcik dan nenek suka kikis duit ayah aku, lepas ayah meninggal, aku pula jadi mangsa, sekali ini yang aku balas..

Kadang – kadang ayah dan mak aku faham punca tak cukup tu adalah pakcik dan makcik aku yang menganggur. Duduk free rumah nenek. Bil api elektrik semua ayah aku yang bayar. Makan minum ayah aku yang tanggung.

Aku yang 6 tahun masa tu pun faham 100% sebab mereka satu pun tak sorok. Depan – depan aku, pakcik makcik nenek aku akan mengumpat ayah aku. Tujuan utama mengumpat depan aku untuk aku bagitahu ayah. Sedih kan.

Semua yang arwah ayah aku buat dan bagi tak kena untuk mereka. Ucapan terima kasih memang tak pernah dengar. Benda ni berlarutan sampai la aku umur 10 tahun. Masa tu kami dalam perjalanan bercuti ke sebeIah pantai barat, kami kemaIangan. Mak ayah aku meninggaI. Aku je yang hidup.

Harta ayah semua atas nama ibu. Jadi bila faraid beIah ayah tak ada apa – apa. Kereta je nama ayah, tu pun total loss. Aku dihantar ke keluarga beIah arwah ibu. Sejak tu memang aku dah tak contact nenek, makcik dan pakcik beIah arwah ayah ni. Mereka pun sama, satu pun tak ada bertanya khabar aku.

Sampai la aku umur 24 tahun, mereka muncul balik. Teka sebab apa? Sebab aku dah bekerja elok. Mula – mula datang tanpa segan silu cakap nenek sakit, perlu duit. Aku bagi mula – mula tu, sampai aku dah tak mampu. Aku terpaksa buang nama suami aku dalam insurance company.

Aku daftar nama nenek sebagai family member untuk insurance company. Aku buat ni atas persetujuan suami aku, sebab dia kata company dia pun dah cover juga. Tiap bulan nenek ke kIinik sebab sakit ringan kesan ubat chem0. Limit 5k je setahun (kIinik pesakit luar) tapi tak sampai setahun limit outpatient tu habis.

Aku terpaksa guna duit sendiri. Sampai la, aku betul – betul dah tak mampu. Aku nak hantar ke kIinik kerajaan, nenek tak nak sebab katanya penat dan perlu tunggu lama. Sampai satu masa aku meIetup.

Aku: Ni mak kalian kan? kenapa aku yang kena tanggung 100%, tak nak hulur duit ke?
Pakcik: Kau cucu sulung, berbakti sikit ke nenek.
Aku: Pakcik kan anak nenek? Arwah ayah dah meninggaI, tanggungjawab UTAMA jaga nenek jatuh ke kalian la anak – anak nenek. Anak lelaki pulak tu.
Pakcik: Dua – dua sulung hauk. Sorang mati awal, sorang takleh pakai.
Aku: ….?

Serius aku geram. Pakcik dan makcik aku dua – dua tak boleh pakai. Kerja kejap, curi barang majikan, lepastu berhenti. Beberapa kali nenek kena gadai barang kemas untuk ikat jamin makcik pakcik aku ni. Aku nampak la muka nenek sangat menyesal bila tengok pakcik makcik aku.

Umur nak masuk 40/50an tapi perangai macam apa je. Nasib baik tak kahwin, kalau tak menyusahkan keluarga lain. Nasi dah jadi bubur. Hujung minggu, aku yang drive nenek ke tempat chem0. Nenek sakit ringan, aku yang bawa ke kInik. Nenek perlu apa – apa. Aku yang uruskan.

Nenek ni pun boleh tahan. Tak nak ke kIinik kerajaan kalau s4kit. Tak nak naik kereta saga aku, nak naik kereta toyota suami aku kalau pergi mana – mana. Barang – barang dapur pun nak yang organik. Satu contoh, kalau pernah tengok garlic label organic memang terkejut perut.

Garlic Organic RM20 untuk satu labu wehh. Nenek kata organik ni tanaman cara kampung (?), tak ada chemical. Supplements RM300 – 400 sebulan. Semua yang MLM tu dia beli. Walaupun banyak kali doktor pesan jangan ambil supplement luar sebab renal function dah drop kesan chemo, tapi makan juga.

Aku malas nak berg4duh sebab aku jaga dia bare minimum. Nak kata nenek nyanyuk tak, tapi tak ada satu pun nenek minta maaf dekat aku atau arw4h ayah aku. Entah la. Again, masa ni malas nak argue dengan orang yang nampak n4zak tapi tak sedar diri lagi.

Aku tolong nenek semampu boleh je, atas dasar kesian walaupun aku masih benci nenek sebab buat family aku sengsara dulu. Aku tolong mana yang boleh sampai nenek aku meninggaI. Lepas pengebuumian nenek, aku balik rumah. Tidur.

Tidur paling lena sepanjang 8 bulan ni. Bangun tu aku dapat hampir 50 missed call dari pakcik aku. Rupanya nak minta dokumen – dokumen nenek yang aku pegang untuk faraid. Ye la, semua dokumen aku yang pegang sebab aku yang urus semua benda.

Aku bagi je semua dan aku pesan jangan hubungi aku lagi. Aku tak nak tengok muka dah. Masa pakcik aku tengah typing… aku block. Dalam hati aku gelak je, memang nenek tak ada harta apa pun. Semua dah habis tanggung anak – anak yang tak pernah membesar dan berbakti.

Barang kemas habis untuk ik4t jamin anak – anak tak berguna, tanah kena jual untuk tanggung ubat chem0. Rumah pusaka tu? Rupanya rumah dibina atas tanah orang. Aku gelak je masa ni sebab aku je tahu pasal rumah pusaka tu, nenek bagitahu masa nenek tengah cari duit nak sambung chem0.

Rumah atas tanah orang? Takde nilai. Duduk la situ sampai kena halau nanti. Penat jadi sulung. Aku tak boleh bayang jadi anak sulung yang tak dihargai sampai meninggaI. Kesian ayah aku jadi m4ngsa. Korang tolong doa arw4h ayah aku di tempatkan dalam kalangan orang2 baik.

Ayah aku dah cuba yang terbaik jaga nenek masa arw4h ayah hidup. Satu pun tak ada mengeluh dan mengungkit. Ayah aku baik, aku je jahat sikit. Aku harap sangat parents di luar sana, tolong hargai anak – anak yang keluar cari rezeki.

Memang anak – anak yang menganggur tu 24/7 di sebeIah, tapi yang mencari duit tu pun sama penting. Terima kasih yang sudi baca. Maaf kalau penulisan aku berterabur. Salam. – Misa (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Faz Li Dya Midd : Baik sangat aok pun dik. Kalau hakak tak hingin ku layan naik toyota, ku order grab biar dia pi sendiri bayar sendiri. Akan aku patahkan segala demand, time s4kit tu la senang nak kalahkan perintah dia, ugvt tak nak tolong sudah. Tapi tak pela dah lepas, aok dapat dah pahala. Ada bagusnya, at least sebab aok jaga, dia gadai tanah buat belanja perubatan. Nasib la jembaIang 2 ekor tu tak merasa pusaka.

Widuri Manja : Selalu dengar kisah yang anak – anak berbakti ni parents sebeIah mata pun tak pandang, dah tanggungjawab engkau katanya tapi yang biawak hidup ni ditimang – timang. Ni mesti masa kecik – kecik parents pun ada yang tengok rupa anak, yang comel – comel tulah jadi anak emas dan yang kusam kelam memang tak dipandang.

Kalau bercerita dengan orang, yang si anak emas tulah selalu disebut – sebut nama. Rasanya kisah confessor ni gitulah gamaknya sampai cucu pun jadi m4ngsa. Bersyukur sangat harta – harta semua nama emak, kalau tak adalah biawak – biawak hidup claim.

Az-Zahra Helmy : Nasib baiklah arw4h ayah awak bijak tukar segala harta ke nama mak awak. Kalau tak tengok ah macam mana yang tua tua tu tuntut harta pusaka. Harta nak tapi tanggungjawab ke laut dalam. Memang tak tenang selagi contact dengan orang parasit macam ni.

Nak melekat jee selagi boleh sakau manfaat. Apa – apa pun awak dah buat baik dan berbakti pada nenek awak. Semoga pahala tu jugak mengalir untuk ayah awak. Semoga mendapat baIasan yang baik di dunia dan di akhirat.

Baca Lagi:
Bantuan e-wallet RM100 untuk dewasa akan dibayar bulan Disember, ini 5 info yang perlu anda tahu
Laman perubatan senarai 10 penyakit paling bahaya di dunia, kebanyakannya dihidapi rakyat Malaysia
Sebanyak 154 ajaran difatwakan sesat di Malaysia