Padang pasir di Arab Saudi termasuk Mekah sudah bertukar hijau

Padang pasir di Arab Saudi termasuk Mekah sudah bertukar hijau

Padang pasir di Arab Saudi termasuk Mekah sudah bertukar hijau. Mungkin dianggap jarang berlaku, beberapa kawasan padang pasir di Arab Saudi yang dahulunya tandus kini bertukar hijau baru-baru ini selepas mengalami cuaca hujan lebat berterusan pada bulan lalu.

Merujuk media rasmi Tanah Suci Mekah, Haramain Sharifain, landskap dan kawasan lembah di kawasan terlibat bertukar menjadi hijau setelah ia menerima hujan berterusan sebanyak dua hingga tiga kali sehari.

Bagaimanapun difahamkan, ia dijangka akan kembali seperti biasa (keadaan kering) selepas musim hujan reda.

Dalam laporan sama, Kementerian Pendidikan (Arab Saudi) juga terpaksa menangguhkan beberapa pengajian pendidikan institusi ekoran situasi tidak dijangka iaitu banjir di kawasan bandar.

Padang pasir di Arab Saudi termasuk Mekah sudah bertukar hijau

Justeru pemandangan menarik padang pasir tandus bertukar halaman hijau tersebut turut dirakam oleh orang awam dan tersebar meluas ke media sosial sejak akhir-akhir ini.

Padang pasir di Arab Saudi termasuk Mekah sudah bertukar hijau

Keadaan ketidakstabilan atmosfera

Memetik agensi cuaca Weather of Arabia, beberapa kawasan di Arab Saudi dilanda cuaca hujan berterusan beberapa kali sejak Disember lepas (2022), satu keadaan luar biasa berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Difahamkan di wilayah barat Arab Saudi, berlaku ketidakstabilan atmosfera yang berulang, sejajar dengan lanjutan lekukan di kawasan Laut Merah dan aliran arus udara lembap dalam lapisan atmosfera.

Justeru akibat jumlah hujan yang berterusan khususnya di kawasan barat Arab Saudi, pertukaran itu berlaku secara luar biasa dan kawasan hijau tertumpu di sana kerana cuaca asalnya yang panas, diikuti dengan hujan.

Menurut laman portal Weather of Arabia lagi, beberapa imej terbaharu daripada satelit Terra American Space Agency (NASA) turut memaparkan kawasan hijau meliputi wilayah Madinah dan Makkah.

Merujuk dua imej di bawah, imej pertama memaparkan keadaan sebahagian kawasan Mekah yang masih kontang (padang pasir & kering) tanpa sebarang tumbuhan hijau.

macca 2 High Quality 740x469 1 e1673252045155

Bagaimanapun imej kedua pula menunjukkan keadaan terkini di lokasi yang sama, kini sudah ditumbuhi dengan tumbuhan hijau.

madina monawarah west High Quality 740x469 1 e1673252068965

Dalam pada itu, berikut di bawah ialah pemandangan kawasan hijau di Jeddah, Mekah dan Madinah yang dirakam melalui satelit Sentinel-2 daripada program pemerhatian Bumi Eropah, Copernicus.

saudi climate1 2022 e1673252097320

Di bawah adalah pemandangan suasana hijau di kawasan-kawasan terlibat seperti yang dikongsikan daripada Haramain Sharifain.

Jangan lupa follow kami! Twitter, Facebook

Baca Lagi:
Boleh ke ambil duit kawan ‘diam-diam’ kalau liat bayar hutang?, ini penjelasan Mufti
Poligami tanpa minta izin isteri, ini jawapan padu Ustaz Azhar Idrus
Ragut 17 nyawa, konvoi bawa mayat dirempuh lori

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *