Poligami tanpa minta izin isteri, ini jawapan padu Ustaz Azhar Idrus

Poligami tanpa minta izin isteri, ini jawapan padu Ustaz Azhar Idrus

Poligami tanpa minta izin isteri, ini jawapan padu Ustaz Azhar Idrus. Umum mengetahui, sejak semalam hangat diperkatakan apabila pengarah terkenal, Syamsul Yusof mengkaui sudah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand.

Susulan tindakan Syamsul itu, Puteri Sarah mengucapkan terima kasih kerana akhirnya mengaku serta berterima kasih kerana mengkhianatinya.

Terbaru, sedang hangat diperkatakan mengenai isu Syamsul itu, tular video mengenai penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus menjawab pertanyaan sama ada sah atau tidak seorang suami berkahwin seorang lagi tanpa pengetahuan isteri pertama.

Poligami tanpa minta izin isteri, ini jawapan padu Ustaz Azhar Idrus

“Hukumnya sah tetapi perbuatan itu tak betul kerana perkahwinan ini adalah bergembira, bukan bersedih,” katanya.

Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra disapa UAI berkata hidup berpoligami bermaksud iaitu suami, isteri pertama dan isteri kedua. Bukan hanya dua bergembira tetapi isteri pertama bersedih.

Ujarnya lagi, penting untuk suami mendapatkan keizinan daripada isteri pertama bagi mengelakkan mereka rasa ditipu. UAI turut bertanyakan soalan bagaimana perasaan suami jika mereka ditipu isteri.

“Minta izin, saya nak berkahwin seorang lagi. Inilah orangnya (sambil tunjuk gambar), awak berkenan atau tidak. Dia cakap tak suka, okey cari lain sampai mendapat restu dari isteri pertama,” katanya.

“Kalau isteri tipu, kita marah tak? Sama jugalah dengan konsep kahwin tanpa pengetahuan isteri. Dia masih ingat kita tak beri dia ‘madu’. Betul tak? Jadi, isteri rasa tertipu. Jangan sebab jasa isteri sangat besar dengan kita (suami),” katanya.

Dalam pada itu, UAI turut mengingatkan suami tentang jasa besar isteri pertama yang sanggup meninggalkan keluarga untuk hidup bersama selepas berkahwin.

@yatthamzah.official Perbuatan yg sah tapi cara yg tak betul. Ianya tak adil dan dianggap tak mampu jika tak mampu berlaku adil pd isteri pertama. Jauh sekali untuk mengundang Rahmat Allah bila menganiaya dan mengabaikan perasaan isteri. . #poligami #yatthamzahshare #fromtheheartofAMujahidah #darihatiseorangmujahidah #Yattmengayat #bondayattshare ♬ original sound – YattHamzah.official

Jangan lupa follow kami! Twitter , Facebook

Baca Lagi:
Haramkan jualan arak di kedai runcit selepas jam 10 malam
Atlet MMA Victoria Lee meninggal dunia
Dari dulu masih tertanya-tanya wajah siapakah budak comel pada botol F&N,- Ini wajah terkini beliau buat ramai tak percaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *