Ragut 17 nyawa, konvoi bawa mayat dirempuh lori

Ragut 17 nyawa, konvoi bawa mayat dirempuh lori

Ragut 17 nyawa, konvoi bawa mayat dirempuh lori.Seramai 17 orang terbunuh manakala 22 yang lain cedera dalam satu kemalangan jalan raya di timur wilayah Jiangxi, China, lapor beberapa media tempatan.

“Kemalangan itu telah meragut 17 nyawa selain 22 orang cedera. Mangsa-mangsa yang cedera dibawa ke hospital,” lapor stesen penyiaran tempatan, CCTV.

Kemalangan jalan raya itu berlaku sejurus sebelum pukul 1 pagi (waktu tempatan) di daerah Nanchang, hari ini.

Ragut 17 nyawa, konvoi bawa mayat dirempuh lori

“Punca kemalangan masih disiasat,” lapor CCTV.

Menurut laman berita Jimu, kemalangan tersebut berlaku apabila sebuah lori merempuh satu konvoi yang membawa mayat untuk pengebumian.

Seorang wanita yang dikenali sebagaiu Deng memberitahu Jimu bahawa konvoi tersebut sedang bergerak ke pusat pembakaran mayat pada awal pagi ini.

Ia kemudian dirempuh oleh sebuah lori dengan kebanyakan mangsa yang meninggal dunia dan cedera merupakan ahli konvoi tersebut.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan, Gong berkata, isterinya terbunuh dalam kemalangan itu dan mengesahkan mereka menghadiri majlis pengebumian.

“Lori terbabit secara tiba-tiba merempuh bahagian paling belakang konvoi, menyebabkan kenderaan yang menyertai konvoi itu saling berlanggar sehingga turut mengenai van mayat,” katanya.

Kira-kira sejam sebelum berita mengenai kemalangan itu diterbitkan, polis trafik daerah Nanchang mengeluarkan amaran kepada para pemandu bahawa kawasan tersebut mengalami cuaca berkabus.

“Jarak penglihatan untuk pemanduan adalah terhad dan berisiko menyebabkan kemalangan jalan raya. Sila beri perhatian kepada lampu, pandu dengan perlahan dan berhati-hati serta jarakkan kenderaan anda,” demikian menurut amaran tersebut.

Jangan lupa follow kami! Twitter, Facebook

Baca lagi :
Lelaki terkejut ingatkan daging lembu, rupanya kain lap pinggang mangkuk dalam sup
“Pelajar MRSM cantik & bijak”, anak perempuan Faizal Hussein, Suhaila Sulaiman jadi perhatian ramai
Suara pakcik ini sama sebijik dengan suara kambing, ‘kalau pejam mata mesti ingat kambing betul’
CATEGORIES