Onn Hafiz MB bakal Johor yang baharu?

Onn Hafiz MB bakal Johor yang baharu?

Onn Hafiz MB bakal Johor yang baharu? AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi hampir pasti bakal diangkat sebagai Menteri Besar Johor yang baharu.

Ia selepas Umno mengemukakan tiga nama sebagai calon Menteri Besar Johor yang baharu untuk pertimbangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Ketiga-tiga nama calon Menteri Besar itu telah diserahkan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Menurut sumber dalaman parti, nama Onn Hafiz telah mendapat perkenan istana.

Onn Hafiz MB bakal Johor yang baharu?

“Umno kemuka tiga nama iaitu, Menteri Besar Johor kini, Datuk Seri Hasni Mohammad, bekas Exco kerajaan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

“Bagaimana pun hanya satu nama mendapat perkenan istana,” katanya kepada Malaysiapost.

Sebelum ini Umno, BN mempertaruhkan Hasni sebagai ‘poster boy’ bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

PRN Johor menyaksikan Umno menang dengan kelebihan dua pertiga apabila memperoleh 40 kerusi daripada 56 kerusi ditandingi.

Lewat petang tadi, Hasni menyarankan agar pemimpin muda diberi lalauan untuk menerajui kerajaan negeri Johor.

Berdasarkan saranan Hasni, ia dapat disimpullkan bahawa Onn Hafiz telah perkenan untuk menjadi Menteri Besar Johor yang baharu.

Baca lagi: 

Selepas Khairudin Aman Razali umum keluar Pas, ini respon Annuar Musa

Terkini !!! Khairuddin Aman Razali umum keluar dari PAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *