Terkini !!! Khairuddin Aman Razali umum keluar dari PAS

Terkini !!! Khairuddin Aman Razali umum keluar dari PAS

Terkini !!! Khairuddin Aman Razali umum keluar dari PAS.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali umum keluar dari PAS

Anggota Parlime Kuala Nerus Khairuddin Aman Razali mengumumkan permohonan berhenti daripada menjadi ahli PAS.

Menurutnya, surat untuk dikemukakan kepada Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mengikut perlembagaan PAS.

“Merujuk perlembagaan PAS, fasal 15 (1) (a) peberhentian ahli dengan permintaan sendiri.

“Maka dengan ini saya Mohd Khairuddin Aman Razali pemegang nombor keahlian PAS 313899 memohon untuk berhenti daripada  menjadi ahli PAS,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Sebagai rekod Khairuddin sejak kebelakangan ini tampil mengkritik pendekatan PAS termasuk langkah pemimpin yang menyerang Umno ketika berkempen dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor.

Sebagai rekod dia juga sebelum ini digugurkan daripada anggota jawatankuasa (AJK) PAS.

Jawatankuasa pusat PAS juga menarik balik pencalonnyannya sebagai anggota Majlis Syura, menyebabkan kelayakannya sebagai setiausaha badan itu terbatal.

Sementara itu Khairuddin berkata, dia mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS atas peluang menjadi ahli sejak 1989 ketika berumur 16 tahun, iaitu 33 tahun.

Katanya, dia menjawat pelbagai jawatan dalam kepimpinan sejak tahun 1999.

“Daripada AJK dan ketua pemuda PAS kawasan hingga jawatankuasa PAS Pusat dan majlis syura ulama dengan jawatan tertinggi dan terakhir sebagai setiausaha Majlis Syura Ulama.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana memberi peluang kepada saya menjadi calon dalam pilihan raya sebanyak dua kali seterusnya menjadi ahli parlimen Kuala Nerus sejak tahun 2013 dan berpeluang menimba pengalaman sebagai menteri perusahaan perladangan dan komuniti,” katanya.

Baca lagi:

Lelaki ini 7 kali dipanah petir tapi masih hidup pegang rekod dunia

Tular video Stesen minyak Petronas terbakar berpunca dari kereta kancil

Sedih umat islam Malaysia sibuk pasal siapa bunuh Tangmo, akhirnya Ust Kazim bersuara ramai terdiam

CATEGORIES
TAGS