Malu gigi kekuningan gara-gara minum kopi dan teh? Doktor ini kongsi tips

Malu gigi kekuningan gara-gara minum kopi dan teh? Doktor ini kongsi tips

Malu gigi kekuningan gara-gara minum kopi dan teh? Doktor ini kongsi tips. KALAU sebelum ini orang minum kopi untuk hilangkan rasa mengantuk, tapi sekarang ini minum kopi sudah menjadi seperti satu trend sejak banyak gerai di jalanan menjual air tersebut.

Tidak ketinggalan juga dengan teh, kedua-dua minuman ini pasti menjadi pilihan terutamanya apabila cuaca terik pada siang hari.

Belum lagi yang betul-betul gilakan minuman kaffein itu, sepertinya tak boleh hidup tanpa minum kopi setiap hari!

Tapi, pernah dengar tak kopi boleh menjadikan gigi kuning? Bukan itu sahaja, kedua-dua kopi dan teh boleh beri kesan pada kesihatan gigi! Alamak, macam mana tu? Baca perkongsian dari doktor gigi ini untuk kurangkan kesan buruk kopi dan teh pada gigi.

Untuk penggemar kopi dan teh, mesti anda perasan gigi anda lebih mudah jadi kuning. Bukan itu saja, gigi pun boleh jadi sensitif.

InsyaAllah kali ni saya cerita tips untuk kurangkan kesan buruk kopi dan teh kepada gigi

1) Minum guna straw dan elakkan minum terus dari cawan atau gelas.

Tujuannya, kita nak elakkan minuman dituju terus kepada gigi, terutamanya gigi depan. Lebih banyak terdedah, lebih senang melekat warnanya.

2) Elakkan minuman yang terlalu panas. Tunggu sejuk sikit dulu.

Suhu yang terlalu tinggi boleh beri kesan buruk kepada struktur dalaman gigi dan lebih mudah bertukar warna.

3) Kumur atau ‘bilas’ mulut dengan air putih selepas minum kopi atau teh.

Makin lama gigi kita terdedah kepada minuman, lebih mudah bahan melekat di permukaan gigi.

4) Elakkan berus gigi sejurus selepas minum kopi atau teh. Tunggu 30 minit sehingga 1 jam dahulu.

Kedua-dua minuman ini berasid, dan memberus sebaik selepas minum, boleh menyebarkan lagi asid ke seluruh mulut dan kemudian menyebabkan struktur gigi jadi lebih lemah.

5) ‘Latte’ lebih baik daripada ‘Americano’!

Secara ringkas, susu dalam kopi atau teh boleh bantu mengurangkan kesan sisa minuman daripada melekat di atas permukaan gigi.

6) Minum dalam ‘one-shot’ lebih baik dari minum sikit demi sikit.

Bukanlah habiskan dalam seteguk, nanti tersedak pula.

Maksudnya di sini, lebih panjang tempoh mula minum hingga habis, lebih tinggi risiko untuk dapat kesan buruk.

7) Jaga kebersihan mulut, rajin berus dan ‘floss’ gigi.

Kebersihan yang tidak memuaskan (terutamanya karang gigi) akan buat warna kekuningan lebih senang melekat.

Kalau ikut 7 tips ini ketika minum kopi, tidak akan ada kesan? Tidak begitu. Kesan itu masih ada, cuma kurang.

Boleh kongsi kepada rakan-rakan mengopi anda!

Sumber : Twitter Norulmadihahh

Baca lagi:

Selepas Khairudin Aman Razali umum keluar Pas, ini respon Annuar Musa

Harga makanan berasaskan ayam dijangka naik menjelang Ramadan

Tentera Rusia berdepan mati beku dalam kereta kebal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *