Najib masuk TV1? Ini jawapan Penjara Kajang

Najib masuk TV1? Ini jawapan Penjara Kajang

Najib masuk TV1? Ini jawapan Penjara Kajang. Jabatan Penjara Malaysia menegaskan bahawa tiada sebarang rakaman video membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak oleh mana-mana agensi media di premis penjara seperti dakwaan yang tular.

“Hasil semakan menunjukkan video tersebut telah dirakam lebih awal oleh pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) sempena Kembara Keluarga Malaysia episod 57 iaitu sebelum Najib dipenjarakan.

“Video yang ditayangkan TV1 pada 24 Oktober lalu menceritakan tentang sejarah dan latar belakang Pekan, Pahang dan tidak berkaitan dengan politik,” kata jabatan itu dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu sekeping gambar Najib yang memaparkan dia sedang bersiaran di televisyen tular di media sosial.

Najib masuk TV1? Ini jawapan Penjara Kajang

Penyandang ahli Parlimen Pekan itu sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas disabitkan bersalah dalam kes penyelewengan SRC International Sdn Bhd.

Beberapa pengguna media sosial yang memuat naik gambar berkenaan dilihat mempersoalkan bagaimana seorang berstatus banduan boleh bersiaran di televisyen.

Malah ada juga yang mendakwa Najib turut berkempen melalui tayangan video berkenaan.

Najib masuk TV1? Ini jawapan Penjara Kajang

Sementara itu Jabatan Penjara Malaysia menasihat agar orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tanpa semakan lanjut.

“Tindakan undang-undang boleh diambil ke atas individu yang tidak bertanggungjawab,” kata kenyataan itu.

Baca Lagi:
Ramai ‘cancel loan’ kereta baru sebab teruja tengok gambar kereta Proton S50
Rupanya ini sebab kenapa dilarang campur duit kertas dan duit syiling dalam satu bekas
Tarikh pelancaran kereta Proton S50 di Malaysia

 

CATEGORIES