
Tarikh pelancaran kereta Proton S50 di Malaysia
Tarikh pelancaran kereta Proton S50 di Malaysia. Benarkah Proton S50 akan dilancarkan di Malaysia pada tahun 2023 nanti?
Beberapa hari ini media sosial dibanjiri dengan gambar-gambar Proton S50 yang dikatakan mempunyai rekaan lebih canggih dan elegan berbanding produk-produk sebelumnya.
Berikut dikongsikan info yang diperolehi tentang ProtonS50 untuk makluman bersama.
Tarikh Pelancaran Proton S50 Di Malaysia
Semasa pelancaran model Proton Saga facelift pada tahun 2019 lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Li Chunrong telah berkongsi gambar grafik menunjukkan perancangan Proton untuk mengeluarkan sebuah model baru setiap tahun sehingga 2023 nanti.
Setelah pelancaran Proton X70 pada tahun 2019 dan Proton X50 pada tahun 2020, dijangkakan pada tahun 2023 nanti Proton akan melancarkan model sedan baru yang dikenali sebagai Proton S50 bagi menggantikan Proton Waja atau Proton Preve.
Gambar-gambar yang kembali viral di media sosial sejak beberapa hari ini dikhabarkan diilhamkan oleh seorang pakar manipulasi grafik, Theophilus Chin yang telah memanipulasi rekaan model Proton S50 tersebut.
Menurut sumber, rekaan asal kereta ini menggunakan model kereta Geely Emgrand dan telah direka semula dengan memasukkan DNA Proton ke dalam kereta sedan ini yang berada di antara segmen B dan C.
Ini menguatkan lagi dakwaan di mana, sebuah kereta camouflage yang sedang diuji dilihat oleh orang awam menggunakan model Geely Emgrand.
Gambaran Exterior & Interior
Pada bahagian gril hadapan beliau telah menggantikan vertical slats dengan rekaan Infinite Weave yang telah menjadi ‘trademark’ sejak model Proton X70 lagi.
Manakala pada bahagian bumper hadapan pula, Theo masih mengekal rekaan yang sama pada Geely Emgrand.
Theo turut berkongsi rekaan dalaman Proton S50 yang lengkap dengan paparan skrin infotainmen, digital instrumen kluster pada dashboard dan stereng lengkap dengan butang pelbagai fungsi.
Ruangan dalam kabin nampak lebih premium dan eksklusif dengan pengunaan tekstur kulit pada beberapa bahagian dalam kereta, sesuai dengan permintaan terkini di pasaran Malaysia.
Anda boleh tonton video penuh bagaimana proses rendering Proton S50 dibuat melalui pautan di bawah.
Rata-rata, ramai netizen meninggalkan komen positif dan tanda LIKE pada visual yang dikongsikan ini.
Harga
Tentunya peminat Proton menjangkakan harga sedan ini lebih murah dan mampu milik untuk rakyat Malaysia berbanding model yang seangkatan dengannya.
Walaubagaimanapun, kita tunggu kenyataan rasmi dari Proton untuk mengetahui harga sebenar setelah ia dilancarkan secara rasmi nanti.
Tak mustahil kereta sedan ini akan menjadi rebutan ramai, kan?
Sama-sama kita nantikan berita baik daripada Proton!