Naim Daniel nyaris hilang jari

Naim Daniel nyaris hilang jari

Naim Daniel nyaris hilang jari. Penyanyi Naim Daniel nyaris hilang jari apabila mercun bola yang dipegangnya dipercayai meletup sebelum sempat dicampak.

Akibat letupan itu, penyanyi yang juga komposer itu mengalami cedera ringan di tangan dan dahi

Berdasarkan kepada gambar yang dimuat naik di Instagram, Naim yang tidak berbaju menunjukkan tapak tangannya dan jarinya yang luka.

Naim Daniel nyaris hilang jari

Selain itu terdapat juga kesan luka di dahi akibat letupan mercun itu.

Difahamkan ketika kejadian Naim bermain mercun bersama anggota keluarga di kampung halamannya di Melaka.

Dalam keterangan gambar yang dimuat naik itu Naim menulis: “Jangan main mercun bola please.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

Baca Lagi:
Vokalis XPDC Mael meninggal dunia
Penggali kubur jadi jutawan selepas jumpa harta karun bernilai ratusan ribu semasa gali kubur
Rumah banglo Yusof Haslam kecoh selepas Ira Kazar datang beraya, sekali ini yang jadi
CATEGORIES