Rumah banglo Yusof Haslam kecoh selepas Ira Kazar datang beraya, sekali ini yang jadi

Photo of author

By Joe

Rumah banglo Yusof Haslam kecoh selepas Ira Kazar datang beraya, sekali ini yang jadi. Bulan Syawal mengingatkan kita untuk saling bermaaf-maafan, meleraikan segala kekusutan dalam hubungan antara ahli keluarga.

Amalan saling bermaaf-maafan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara keluarga dan sanak saudara serta meningkatkan rasa kedamaian antara pihak-pihak yang pernah berseteru dan bercakaran antara satu sama lain.

Dalam konteks keluarga, mungkin ada percakapan atau kejadian yang telah merenggangkan hubungan ahli keluarga.

Rumah banglo Yusof Haslam kecoh selepas Ira Kazar datang beraya, sekali ini yang jadi

Kemungkinan konflik antara suami isteri, ibu bapa dengan anak, adik beradik dan saudara mara, seharusnya dileraikan serta saling memaafkan antara satu sama lain.

Berbahas soal itu, sejak kebelakangan ini masih melarat hingga sekarang, isu rumah tangga pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah yang masih lagi menduduki carta teratas cerita hiburan.

Masih bersambung-sambung kisah balas-membalas suami isteri itu tentang konflik rumah tangga mereka dalam media sosial. Tak terkecuali kaum keluarga turut ikut serta menghangatkan suasana.

Baik Syamsul atau Puteri Sarah, nama isteri kedua pengarah itu, Ira Kazar diyakini menjadi bualan terhangat awal tahun ini.

Sebelum ini, Puteri Sarah mendakwa bahawa suaminya itu telah berkahwin dengan Ira Kaza namun tiada majlis diadakan ibarat perkahwinan ‘cowboy’.

Bahkan, ibu kandung kepada pengarah Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail juga mengakui bahawa dia juga tidak merestui dan reda dengan perkahwinan kedua anaknya itu.

Rumah banglo Yusof Haslam kecoh selepas Ira Kazar datang beraya, sekali ini yang jadi

“Saya tak reda dan tak terima (perkahwinan kedua Syamsul)” –

Menurut sumber berita, dia mengetahui semua masalah dan konflik dalaman rumah tangga yang ditimbulkan anaknya sebelum semuanya tular di media sosial.

“Tapi saya cakap tak reda dan tak izinkan. Dia beritahu saya selepas dia berkahwin,”

Terdahulu, Patimah menerusi Instagram meluahkan perasaan memohon Allah memberikan yang terbaik terhadap dua cucunya yang juga anak Syamsul.

“Semoga Allah gantikan ‘Ayah’ yang lebih baik untuk cucu-cucu saya,” tulisnya.

Perkongsian ini menerima reaksi simpati dari pengikut agar doanya ini dimakbulkan.

Namun terkini, tular sekali lagi dakwaan yang mengatakan bahawa sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun ini, Ira Kazar dikatakan telah hadir beraya di rumah mentuanya.

Dakwaan itu telah menjadi tular di laman TikTok sehingga meraih 15.7k tanda suka.

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet ada yang meluahkan merasa simpati dengan nasib Ira kerana dianggap tidak diterima oleh keluarga mentuannya itu.

Rumah banglo Yusof Haslam kecoh selepas Ira Kazar datang beraya, sekali ini yang jadi

Rumah banglo Yusof Haslam kecoh selepas Ira Kazar datang beraya, sekali ini yang jadi

Meskipun, dakwaan itu menjadi tular, tiada sebarang kesahihan dapat dibuktikan setakat ini menerusi akaun rasmi Ira Kazar, Syamsul Yusof mahupun Datin Patimah.

Sekadar info Syamsul membuat kejutan mengumumkan dia sudah bernikah dua dengan Ira Kazar di Thailand pada 6 Januari lalu.

Baca Lagi:
‘Macam baru lepas kena serang Zombie pekan Seremban’
Warganet tanya, boleh ke rakyat biasa kahwin dengan anak raja?, tak sangka ini respon Permaisuri Agong
Kawasan negeri-negeri pantai barat mula rasai gegaran gempa bumi