“Money is king!”- Anak tiri Taib Mahmud makan burger cuci mulut guna duit

“Money is king!”- Anak tiri Taib Mahmud makan burger cuci mulut guna duit

“Money is king!”- Anak tiri Taib Mahmud makan burger cuci mulut guna duit. Tidak habis dengan kontroversi yang kononnya bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, dibawa lari oleh isterinya dari hospital.

Kini timbul pula drama terbaharu apabila anak tirinya dikatakan bersikap sombong dan tidak menjaga sensitiviti apabila makan burger sambil mencuci mulutnya dengan duit.

Dalam sebuah video yang tular, kelihatan Nizar Mahmoud Madi, anak tiri Taib Mahmud hasil daripada perkahwinan dengan Raghad Kurdi merakam video beliau sedang memakan burger.

"Money is king!"- Anak tiri Taib Mahmud makan burger cuci mulut guna duit

Kandungan itu pada mulanya tiada masalah, tetapi menjadi kontroversi apabila beliau mencuci mulutnya dengan duit.

Tidak pasti bila video itu dimuat naik, namun hasil carian di laman TikTok menunjukkan bahawa akaun Nizar_SWK sudah dipadam.

Video itu telah mencetuskan pelbagai reaksi pengguna media sosial dengan kebanyakan mereka berang dengan tindakan anak tiri Taib Mahmud.

Sebahagian pula mempersoalkan Nizar adakah beliau tahu bahawa duit yang beliau sedang ‘enjoy’ itu adalah milik rakyat Sarawak.

Baca Lagi:
Berang dapat ‘ang pows’ RM5, gengster Sarawak serang Ahli Parlimen Julau
Peguam dedah punca anak muda muflis awal buat ramai buka mata
Bocor kepala! Lelaki tetak jiran dengan parang selepas mimpi isteri jadi mangsa ilmu hitam
CATEGORIES