Bocor kepala! Lelaki tetak jiran dengan parang selepas mimpi isteri jadi mangsa ilmu hitam

Bocor kepala! Lelaki tetak jiran dengan parang selepas mimpi isteri jadi mangsa ilmu hitam

Bocor kepala! Lelaki tetak jiran dengan parang selepas mimpi isteri jadi mangsa ilmu hitam. Seorang lelaki dari wilayah Situbondo, Jawa Timur bertindak menetak jirannya kerana mengesyaki isterinya menjadi mangsa ilmu hitam individu tersebut.

Menurut polis, lelaki berkenaan menyerang mangsa yang dikenali sebagai Matrawi, 68, menggunakan parang sehingga mengalami kecederaan parah pada kepala.

Tindakan itu dilakukan selepas isterinya yang jatuh sakit mengadu bahawa kelibat mangsa sering muncul di dalam mimpinya.

Bocor kepala! Lelaki tetak jiran dengan parang selepas mimpi isteri jadi mangsa ilmu hitam

Pengakuan tersebut membuatkan lelaki itu mengesyaki penyakit yang dihidapi isterinya selama ini berpunca daripada amalan ilmu hitam mangsa.

“Terdapat tiga kesan tetakan di kepalanya dan kini keadaan mangsa mula pulih dan dibenarkan pulang,” kata polis.

Sementara itu, lelaki berkenaan sudah diberkas polis dan dia bakal berdepan dengan hukuman penjara selama lima tahun kerana mendatangkan kecederaan kepada orang lain.

Baca Lagi:
Peguam dedah punca anak muda muflis awal buat ramai buka mata
Baru 2 hari masuk rumah sewa, wanita jumpa kain putih lusuh, lepas buang terus kena kacau, rupanya baju pontianak!
Penyamun terakhir dalam filem ‘Ali Baba Bujang Lapok’ yang masih tinggal, begini keadaan beliau sekarang
CATEGORIES