Mengejutkan! Dokumen kerajaan Amerika bocor mengesahkan pegawai AS jumpa 2 makhluk asing

Mengejutkan! Dokumen kerajaan Amerika bocor mengesahkan pegawai AS jumpa 2 makhluk asing

Mengejutkan! Dokumen kerajaan Amerika bocor mengesahkan pegawai AS jumpa 2 makhluk asing. Beberapa dokumen kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang bocor mengesahkan tentang insiden pesawat mahluk asing terhempas di Bumi, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menurut dokumen tersebut, beberapa pegawai AS telah bertemu dengan dua makhluk asing di satu lagi lokasi nahas, manakala pertembungan itu dibincangkan dalam satu ‘mesyuarat rasmi’ 20 tahun kemudian.
Tidak jelas dari mana dokumen itu berasal, namun beberapa halaman laporan tersebut dimuat naik dalam laman perkongsian Reddit.

Mengejutkan! Dokumen kerajaan Amerika bocor mengesahkan pegawai AS jumpa 2 makhluk asing

Muka depan dokumen itu tertera nama, Projek Aquarius dan Projek Sigma, dua nama yang sebelum ini disahkan oleh kerajaan AS.

Dalam salah satu halaman yang tidak disunting, ia menyatakan bahawa satu operasi rahsia dimulakan untuk memulihkan serpihan kapal angkasa (makhluk asing) bagi kajian saintifik pada 1947.

Dalam beberapa muka surat lain, pegawai perisikan Tentera Udara AS dikatakan telah mengesan makhluk asing berada di padang pasir New Mexico pada 25 April 1964.

Insiden itu digelar Lonnie Zamora di mana seorang anggota polis melihat dua ‘orang’ berada di sebelah objek berkilat yang kemudiannya meluncur ke udara.

“Kejadian itu berlaku lebih kurang tiga jam. Pegawai Tentera Udara itu bertukar maklumat asas dengan dua makhluk asing itu. Projek tersebut diteruskan di pangkalan Tentera Udara di New Mexico,” demikian pendedahan dalam Projek Sigma.

Dokumen itu juga mendedahkan projek-projek lain seperti Snowbird yang mengesahkan misi untuk ‘menguji penerbangan pesawat makhluk asing yang ditemui’.

Baca Lagi:
Ini sebab kenapa 8 bandar ini tersenarai paling berbahaya di dunia untuk dilawati
Percaya sangat kawan bagi hutang sampai RM400k, lelaki ini sampai tak mampu beli beras terpaksa hantar anak bini ke rumah mentua
Dr Ashraf Rostam dedah maksud sebenar ‘pose’ DMA Islam yang tular di TikTok
CATEGORIES