MAINPP larang Ustaz Zainul Asri ceramah agama di Pulau Pinang

Photo of author

By Joe

MAINPP larang Ustaz Zainul Asri ceramah agama di Pulau Pinang. Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) mengeluarkan notis larangan sementara kepada pendakwah bebas, Ustaz Muhd Zainul Asri Mohd Romli bagi menyampaikan ceramah agama di masjid dan surau di negeri ini.

Yang Dipertua MAINPP, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, notis berkenaan dikeluarkan berikutan penyampaian ceramah yang kontroversi dibuat individu terbabit termasuk barbaur hasutan dan kini sedang disiasat pihak polis.

MAINPP larang Ustaz Zainul Asri ceramah agama di Pulau Pinang

“Ya, saya sahkan MAINPP ada mengeluarkan notis berkenaan kepada pendakwah bebas berkenaan pada bertarikh 3 Julai.
“MAIPP tak gantung tauliah beliau tetapi kita tak benarkan dia sampaikan kuliah atau ceramah di semua masjid dan surau di negeri ini.
“Larangan ini sehingga semua siasatan terhadap dirinya selesai,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, pada Selasa.

Terdahulu, tular di laman sosial surat makluman larangan sementara bagi menyampaikan ceramah agama di masjid dan surau yang dikeluarkan MAINPP terhadap bekas Timbalan Ketua Dewan Ulamak Pas Kedah, Ustaz Mohd Zainul Asri Mohd Romli.

Dalam surat berkenaan, MAINPP memaklumkan yang pihak berkuasa agama itu menerima aduan berkenaan dakwaan bahawa Ustaz Mohd Zainul Asri telah mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan kini masih dalam siasatan polis.

Tindakan itu diambil mengikut Seksyen 104(2)(b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004.

Turut dinyatakan, sebagai langkah agar keharmonian masyarakat sentiasa terpelihara, individu terbabit tidak dibenarkan untuk menyampaikan ceramah atau mengajar agama di semua masjid dan surau dalam negeri Pulau Pinang bermula tarikh notis berkenaan dikeluarkan sehingga siasatan polis selesai.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Dewan Ulamak Pas Pusat menyatakan pendirian berhubung kenyataan-kenyataan mengelirukan yang pernah dikeluarkan bekas Timbalan Ketua Dewan Ulamak Pas Kedah, Syeikh Zainul Asri Mohd Romli.

Anwar mempertikaikan mengapa tiada ulamak mahupun pimpinan parti itu yang menegur dan memperbetulkan kenyataannya yang beberapa kali mencetuskan kegusaran ramai

Menurutnya, antara kenyataan kontroversi yang pernah diungkapkan pendakwah itu seperti Nabi Adam pernah turun di Gunung Jerai dan Saidina Usman bin Affan RA serta keluarga pernah ke Kedah.

Malah terbaru Anwar berkata, ustaz itu mendakwa sekiranya tidak menyokong parti mereka dianggap sebagai musuh ALLAH.

Baca Lagi:
Dikebumi pada tahun 1984, lelaki tua ini kembali semula ke rumah selepas 29 tahun kemudian
Beg tangan jenama Louis Vuitton sebesar ‘kuman’ dijual pada harga RM300,000
Lelaki menang loteri RM21.8 juta akhirnya terpaksa hidup merempat