Menara azan masjid berusia 169 tahun dipanah petir

Menara azan masjid berusia 169 tahun dipanah petir

Menara azan masjid berusia 169 tahun dipanah petir.

“Saya tidak dapat bayangkan kalau serpihan batu kira-kira dua kilogram itu jatuh dan menghempap jemaah. Mujurlah semuanya selamat,” kata Timbalan Pengerusi Masjid Serkam Pantai, Zakaria Abu Bakar.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi tadi, puncak menara azan masjid berusia 169 tahun itu mengalami kerosakan selepas dipanah petir dan menyebabkan beberapa bumbung pecah terkena serpihan batu.

Menara azan masjid berusia 169 tahun dipanah petir

Menurut Zakaria, ketika kejadian kira-kira 30 jemaah baru selesai solat Subuh dan kebanyakan berada di ruang luar untuk pulang.

“Ketika tengah solat cuaca hujan lebat dan apabila jemaah hendak bergerak pulang tiba-tiba terdengar bunyi petir kuat dan keadaan bertukar gelap.

“Ketika itu tidak sangka ada kerosakan dan apabila saya bersama beberapa lagi jemaah suluhkan lampu baru kelihatan serpihan batu diatas karpet masjid serta titisan air dari bumbung,” katanya.

Menurutnya, dia langsung tidak menyangka menara azan itu terkena panahan petir kerana sebelum ini tidak pernah berlaku walaupun sudah berusia ratusan tahun.

“Serpihan batu itu jatuh disaf belakang, saya bersyukur sangat kerana ketika itu kami semua sudah selesai (solat) berjemaah.

“Selain puncak menara, lebih 10 atap turut rosak selain sebuah kenderaan jemaah mengalami kerosakan pada bahagian cermin terkena serpihan batu,” katanya.

Menurutnya, walaupun bekalan elektrik masih terputus namun solat jemaah masih boleh dijalankan kecuali jika cuaca hujan air akan memasuki ruangan solat.

“Disebabkan ini masjid warisan tindakan lanjut dan penyelenggaraan hanya dapat dilakukan dengan pemantauan pihak Jabatan Warisan dan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM).

“Namun begitu Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sudah datang melakukan pemeriksaan,” katanya.

Baca Lagi:

Memandu pakai selipar atau berkaki ayam akan disaman? Ini penjelasan JPJ ramai yang belum tahu

Joget cucuk langit penutup majlis Tilawah Quran undang kecaman netizen

Siti Kassim sound PU Riz

CATEGORIES