Malaysia tersenarai negara ke-2 paling aman di Asia dan ke-10 di dunia

Photo of author

By Joe

Malaysia tersenarai negara ke-2 paling aman di Asia dan ke-10 di dunia. Malaysia, tanah air yang tercinta, merupakan sebuah negara yang bertuah dan selalu menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.

Keharmonian antara kaum dan kepelbagaian budaya yang dipromosikan sejak lama telah menarik minat orang luar untuk berkunjung ke negara ini.

Kita sering mendengar kisah-kisah orang asing yang kagum dengan kerukunan warga tempatan yang hidup bersama secara aman.

Malaysia tersenarai negara ke-2 paling aman di Asia dan ke-10 di dunia

Oleh itu, tidak menghairankan jika ada yang memilih untuk menetap di sini melalui program-program yang ditawarkan kerajaan seperti Malaysia My Second Home (MM2H).

Selain daripada kemakmuran ekonomi dan kepelbagaian yang ada, alasan lain mereka memilih Malaysia sebagai rumah kedua adalah faktor keamanan yang tinggi di negara kita.

Malaysia konsisten mengekalkan kedudukan baik dalam Indeks Keamanan Global (GPI) 2024, di mana negara ini diletakkan sebagai yang kedua paling aman di Asia dan kesepuluh di peringkat dunia.

Berdasarkan kriteria kualitatif dan kuantitatif yang digunakan, Malaysia mencatatkan 1.427 mata untuk mencapai kedudukan ini.

Dalam senarai global ini, sepuluh teratas dikuasai oleh negara-negara Eropah, seperti dalam tahun-tahun sebelumnya.

Iceland menduduki tempat pertama sebagai negara paling aman di dunia dengan 1.112 mata. Diikuti oleh Ireland di tempat kedua dengan 1.303 mata dan Austria di tempat ketiga dengan 1.313 mata.

New Zealand menduduki tempat keempat dengan 1.323 mata, dan Singapura berada di tempat kelima dengan 1.427 mata, menjadi negara paling aman di Asia dan satu-satunya wakil dari benua ini selain Malaysia dalam senarai sepuluh teratas.

Malaysia tersenarai negara ke-2 paling aman di Asia dan ke-10 di dunia

Switzerland berada di tempat keenam dengan 1.350 mata, diikuti oleh Portugal di tempat ketujuh (1.372), Denmark di tempat kedelapan (1.382), dan Slovenia di tempat kesembilan (1.395).

Indeks Keamanan Global (GPI) merupakan pengukur utama bagi kedamaian global. GPI 2024, edisi ke-17, mencakupi senarai 163 negara yang mewakili kira-kira 99.7 peratus daripada penduduk dunia.

Baca Lagi:
Teknik Tengku Hassanal ajak Tunku Azizah balik kerana lama bersembang raih perhatian ramai
Presiden AS ‘hilang arah’ depan pemimpin dunia jadi bualan ramai
“Susah nak jumpa lelaki macam ni”- Lelaki dipuji netizen kerana terlalu ‘sweet’ letak gambar isteri dalam kereta