“Susah nak jumpa lelaki macam ni”- Lelaki dipuji netizen kerana terlalu ‘sweet’ letak gambar isteri dalam kereta

Photo of author

By Joe

“Susah nak jumpa lelaki macam ni”- Lelaki dipuji netizen kerana terlalu ‘sweet’ letak gambar isteri dalam kereta. Setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk menghargai pasangan masing-masing.

Seperti pemandu e-hailing ini, dia menunjukkan rasa cinta terhadap isterinya dengan cara yang sangat kreatif dan unik apabila menghiasi kenderaannya dengan foto-foto kenangan mereka bersama.

Perkara tersebut dikongsikan oleh salah seorang penumpangnya yang dikenali sebagai Zatiy Zabidi di TikTok.

"Susah nak jumpa lelaki macam ni"- Lelaki dipuji netizen kerana terlalu 'sweet' letak gambar isteri dalam kereta

“Terpaling suami dalam dunia,” tulisnya pada video yang dikongsikan.

Video tersebut dipercayai direkodkan oleh Zatiy ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing di luar negara semasa bercuti.

Berdasarkan rakaman itu, lelaki tersebut dengan bangganya memaparkan foto dirinya dan isteri yang diletakkan di atas papan pemuka keretanya.
Selain itu, dia juga menukar latar belakang skrin keretanya dengan gambar wajah mereka.

Tidak cukup dengan itu, pemandu tersebut juga menggunakan gambar manis dirinya dan isteri sebagai latar belakang telefon bimbitnya.

Perkara yang disaksikan Zatiy itu dianggap manis hingga dia mengambil keputusan untuk berkongsi di media sosial.

“Macam ni la Mukmin (pasangan Zatiy). Balik ni saya tak kira, saya nak macam ni juga.

“Siapa suruh (pemandu) bagi saya tengok. Dekat telefon dia pun letak (gambar isteri),” ujarnya dengan nada penuh teruja.

Hingga kini, video tersebut telah meraih lebih daripada 200,000 tontonan di TikTok.

Apabila diteliti pada ruangan komen video, kebanyakan netizen menyatakan keinginan untuk dihargai dengan cara yang sama.

@zatiyzabidi_ SI LELAKI mampu ke tak? 😏 #suamiidaman #suamiistribahagia @Mukmin Sanchez ♬ Kesayanganku – Al Ghazali

Bagaimanapun, terdapat juga beberapa netizen yang membuat spekulasi bahawa tindakan meletakkan gambar itu mungkin dilakukan sendiri oleh isteri kepada lelaki berkenaan.

"Susah nak jumpa lelaki macam ni"- Lelaki dipuji netizen kerana terlalu 'sweet' letak gambar isteri dalam kereta

“Isteri driver tu bukan biasa-biasa. Mungkin ada ‘tali pinggang hitam’ dekat rumah.

“Mesti isteri dia letak supaya dia tak lupa ‘singa’ di rumah.

“Tu dia cakap yang dia setia. Toleh kiri dan kanan semua nampak,” ujar netizen.

Baca Lagi: