“Ayah halau abang aku sebab dah 15 tahun tak kerja, rupanya abang aku ada penyakit malu nak interview kerja..”. Salam sejahtera semua, kenalkan nama aku Sazali, berumur 30 tahun. Confession kali ini adalah berkenaan abang kandung aku yang hampir 15 tahun tak nak bekerja. Abang aku ini kelulusan degree dalam bidang komputer, selepas dia habis belajar. Dia sambung intern kerja kerajaan.
Kami sekeluarga ingatkan kerjaya dia akan semakin naik dan poket dia akan semakin tebal, tapi siapa sangka dia ambil keputusan untuk berhenti kerja selepas habis intern. Kalau ikutkan dia boleh je sambung kerja kerajaan sebab performance dia pun agak bagus tapi dia ambil keputusan berhenti dan tak cari kerja.
Bukannya berhenti cari kerja lagi bagus, dia duduk rumah setiap hari main laptop. Sebelum dia berhenti, aku dengar dia ada tak puas hati dengan salah seorang staff permanen perempuan dekat tempat intern dia. Aku tak pasti sebab apa, sebab dah lama sangat peristiwa berlaku.
Berbulan-bulan juga dia duduk rumah, sampai ayah aku tak puas hati dan halau dia dari rumah. Dekat sini aku buat keputusan bodoh, aku pergi perkenalkan beberapa kawan aku yang buka kedai di pasar malam. Mereka berkenalan dan akhirnya dia kerja di pasar malam sementara waktu.
Inilah kesilapan terbesar aku buat sebabnya bilah ayah aku halau dia dari rumah, abang aku sepatutnya mungkin boleh belajar, kalau tak kerja hidup kau akan terumbang ambiak. Jadi homeless dan nak makan pun tak ada duit.
Sebab waktu dia dihalau, dia cuma bawa beg pakaian dan tak berduit. Tapi disebabkan aku memperkenalkan dia dengan kawan kerja pasar malam, perangai malas nak cari kerja yang lagi bagus hilang. Ketika itu bila ditanya kenapa dia nak berhenti kerja, dia asyik cakap nak berjaya dalam bisnes MLM.
Aku tak nak sebut nama company apa tapi dah lebih 50 tahun company tersebut. Bagi aku dia penipu, kalau betul kau nak berjaya kau akan pergi jumpa orang dan cerita kelebihan produk MLM kau. Aku pernah ajak dia,”
“Abang, jom lah aku teman kau pergi rumah jiran ni. Kalau kau malu sangat, aku temankan kau, bagi salam lepas itu kau ceritalah pasal kelebihan produk kau. Tapi hampeh, dia cakap dia belum bersedia. Untuk pengetahuan, abang aku ni introvert, pernah sekali makcik aku yang paling bongsu datang (makcik aku memang cantik, orangnya putih, gebu tapi pendek). Abang aku nampak terus tutup muka, malu nak jumpa.
Jadi aku nak bagi semangat pada dia supaya tak malu, aku nak teman dia. Tapi itulah dia yang tak nak. Tahun berganti tahun, sekali dia macam insaf kejap. Dia nak kerja jadi rider bawa makanan, dia pinjam duit nak beli motor.
Dalam 1-2 tahun je kerja, lepas itu sikit-sikit lah, dekat luar panas lah, migrain lah. Dia dah banyak join skim ini itu, pernah sekali dia perkenalkan skim dana raja-raja Melayu yang terkandas dekat negara omputih. Keluarga aku bagi lah duit, RM1000, RM3000, aku pun terjebak bagi juga ratus-ratus.
Akhirnya kemuncak, ada seorang kawan dia datang minta duit dah berbulan kata akan dapat tapi duit tak masuk pun. Katanya dengan invest duit usaha nak masukkan dana raja-raja ni kita akan dapat imbuhan, tapi nama pun scam mana nak dapatnya.
Ada satu lagi skim, FX United. Dulu kecoh benda ni, waktu permulaan boleh nampak lah abang aku berduit sebab ada kawan dia yang siap invest puluhan ribu masuk under dia. Tapi sekarang senyap, duit pun dah lesap. Nasib baik kawan dia tak salahkan abang aku, kalau tak. Tak tahu nak jawab macam mana.
Ada sekali, kawan ayah aku minat nak jodohkan anak perempuan dia dengan keluarga aku. Ayah aku setuju, sebab mungkin dengan dia ada isteri dia dapatlah berubah tapi hampeh tak juga. Seingat aku, abang aku tak minat nak kahwin.
Mungkin dia sedar, dia pemalas nak bayar makan minum anak dara orang macam mana? Jadi dia tak jadi kahwin dengan perempuan itu walaupun taaruf dah buat. Aku ada kerja nak bagi dia, memandangkan dia duduk rumah sahaja.
Tapi dia tak nak, gaji hampir RM1500 pun dia tak nak alasan dia, dia suruh aku ambil kerja itu, lepas itu dia buat nanti gaji tersebut bagi dia. Kerja senang jaga FB page je, tapi dia tak nak sebab dia takut nak interview. Dia suruh aku ambil, untuk aku pergi interview dan nanti kerja itu dia yang buat. Alasan dia satu je, sebab dia tak nak interview.
Abang aku sekarang dah gemuk, perut dah besar, kepala dah botak. Mungkin dia malu dengan kondisi dia untuk interview. Orang yang nak interview itu pun lelaki juga adeii. Macam-macam cara aku cuba buat, ajak pergi surau, ajak keluar tabligh tapi hampeh masih tak kerja lagi.
Sedikit sebanyak dia bawa pengaruh buruk pada aku, sekarang ni dah 30 tahun aku nampak dia, aku jadikan dia contoh orang yang gagal. Dalam otak aku, jangan jadi macam dia. Sekarang ni mak aku masih hidup boleh lah dia menumpang serumah, nanti kalau adik beradik aku dah kahwin, mak aku dah dijemput Allah. Dia nak tinggal kat mana?
Jadi daripada pengaruh buruk, aku jadikan dia contoh tak nak jadi macam dia. Aku ingatkan, spesies dia ni ada dekat family aku je. Tapi bila aku pergi ke luar, aku perasan ramai rupanya orang yang macam abang aku ni, dah banyak kali aku terserempak.
Ada keluarga aku terserempak, aku tengok adik beradik dia ok, berkeluarga, ada duit dan beragama tapi sampai abang dia hancur. Homeless, duduk menumpang, tinggal solat. Aku pun tak pasti kenapa jadi macam ni, nak kata dia berdendam dengan ayah aku tak juga.
Sebab dia dulu dimanjakan juga nak mainan still dibelikan. Ok itu je confession aku, aku minta pembaca doakan aku jadi manusia berguna. Doakan abang aku berubah. Thank you for reading. – Sazali (Bukan nama sebenar)
Komen warganet:
Hafiz Aiman: Ok lah tetap dia ada kebaikan iaitu sedar diri untuk tidak berkahwin. Kerana di luar sana ramai lelaki tidak sedar diri. Dirinya seperti biawak hidup tapi dia berkahwin untuk berjimak secara halal. Orang tua yang zalim akan kahwinkan anak lelaki dia walaupun biawak hidup.
Masa saya menjadi senior design engineer dulu, ada junior design engineer yang introvert. Walaupun dia introvert tapi dia sukakan HOD.
Dia suka datang kerja awal
Dia ada banyak input apabila bersuara
Prestasi dia dalam kerja makin lama makin berisi
Bagaimana orang introvert bersosial. Kalau orang lain tidak mulakan hubungan kawan dengan dia dia akan keseorangan. Tapi apabila orang itu memulakan hubungan dia akan setia dengan orang itu sahaja. Saya tengok ada kawan tiga orang sahaja.Harap tiada manusia yang salah guna istilah introvert.
Suraya Anuar: Dia pemalas. Lama-lama dibiarkan jadilah masalah mental. Introvert bukan alasan untuk menjadi malas. Jangan nak menyalahkan anak dara orang demi nak ubah dia, nasib baik dia bukan tahap nak jadi biawak hidup pada isteri. Apa-apa pun, awak adik yang sangat baik.
Tiya Smilove: Dah betul dah bapak kau buat keputusan untuk halau dari rumah tu. Selagi tak ada kerja tetap, jangan balik dan jangan dibantu. Orang berat tulang ni memang banyak alasan dan suka menyalahkan orang lain.