Malaysia perlu iktiraf kanabis sebagai alternatif perubatan- Syed Saddiq

Malaysia perlu iktiraf kanabis sebagai alternatif perubatan- Syed Saddiq

Malaysia perlu iktiraf kanabis sebagai alternatif perubatan- Syed Saddiq.

Kerajaan harus mengiktiraf bahawa ramai pesakit di Malaysia yang perlu menggunakan kanabis untuk tujuan perubatan.

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Sddiq Syed Abdul Rahman menjelaskan, mereka yang terpaksa menggunakan kanabis ini bukan kumpulan pengedar dadah untuk mengaut keuntungan wang semata-mata.

Beliau berkata, sudah tiba masanya, Malaysia mengikut jejak langkah lebih 40 buah negara di seluruh dunia dalam mengiktiraf kanabis sebagai alternatif perubatan.

Malaysia perlu iktiraf kanabis sebagai alternatif perubatan- Syed Saddiq

Menurutnya, langkah yang diambil di negara lain ini juga perlu dilihat sebagai satu dorongan untuk kumpulan kesihatan Malaysia menawarkan perubatan alternatif ini dengan segera.

Tegasnya, badan kesihatan dunia seperti World Health Organisation (WHO) juga mengiktiraf bahawa penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan ini sebagai alternatif kepada para pesakit.

Tambah Ahli Parlimen Muar ini juga, hukuman gantung adalah hukuman yang terlampau berat untuk pesakit yang amat memerlukan rawatan alternatif seperti kanabis dan hem.

“Tindakan para pesakit mencari perubatan alternatif ini tidak boleh sesekali disamakan dengan jenayah bunuh misalnya – apabila hukuman gantung dikenakan,

“Saya akan mengikuti perkembangan kes saudara Yasin dari masa ke semasa. Malah saya akan terus berhubung rapat dengan keluarga beliau,”jelas Syed dalam kenyataan pada Rabu.

Syed Sddiq berkata demikian selepas hadir di Mahkamah Sesyen, Kompleks Mahkamah Petaling Jaya
bagi menzahirkan solidaritinya terhadap penyanyi Yasin Sulaiman, hari ini.

Penyanyi Mimpi Laila itu yang kini ditempatkan di penjara Sungai Buloh didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret atas 2 pertuduhan menanam 17 pokok disyaki ganja dan mengedar dadah jenis sama.

Malaysia perlu iktiraf kanabis sebagai alternatif perubatan- Syed Saddiq

Bagaimanapun, penyanyi berusia 46 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin.

Dalam kenyataan yang sama, Syed Saddiq juga meminta supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi kuasa kepada Jabatan Peguam Negara untuk membuat pertimbangan yang lebih tinggi dalam isu penggunaan kanabis.

“Malah, hakim-hakim juga perlu diberi lebih kuasa dan kelonggaran dalam menilai kes-kes berkaitan penggunaan kanabis untuk perubatan,

“Ini kerana kita perlu mengendalikan kes-kes ini dengan cermat supaya pesakit yang terpaksa menggunakan kanabis untuk tujuan perubatan diberikan kelonggaran yang sewajarnya dengan tujuan penggunaan mereka,” ujarnya.

Pada 21 Mac lalu, bekas penyayi dan komposer itu ditahan polis kerana disyaki memiliki dan menanam pokok ganja di kediamannya di sebuah kondominium di Kota Damansara.

Penahanan dibuat terhadap suspek yang berusia 47 tahun pada pukul 5.30 petang itu selepas bertindak atas maklumat, polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menemui satu bekas plastik berwarna biru atau hitam di dalamnya terdapat 2 plastik lutsinar berisi daun kering disyaki ganja seberat 214 gram di dalam rumah berkenaan.

Nilai dadah yang dirampas dianggarkan RM10,700 dan hasil pemeriksaan lanjut di bahagian sebelah dapur menjumpai satu almari dan di dalamnya terdapat 3 pokok disyaki pokok ganja.

Pada masa sama, ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap Yasin mendapati positif dadah jenis THC.

Yassin didakwa mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 6B Akta Da dah berbahaya.

Baca Lagi:

[VIDEO] Kecohh! Pengantin lelaki kena terajang dengan bakal bapa mentua masa akad nikah

Gara-gara tak terpilih dalam pasukan futsal, lelaki tikam jurulatih

Dua individu bertuah dari Sabah menang Toto jackpot bernilai RM 21.8 Juta

CATEGORIES