Mak ayah aku tak suka aku kerja dari rumah walau gaji RM6k sebulan, malu jiran nampak macam tak kerja dituduh macam bela biawak hidup… Sekali ini yang aku buat sampai jiran terdiam

Mak ayah aku tak suka aku kerja dari rumah walau gaji RM6k sebulan, malu jiran nampak macam tak kerja dituduh macam bela biawak hidup… Sekali ini yang aku buat sampai jiran terdiam

Mak ayah aku tak suka aku kerja dari rumah walau gaji RM6k sebulan, malu jiran nampak macam tak kerja dituduh macam bela biawak hidup… Sekali ini yang aku buat sampai jiran terdiam. Senang cerita aku memang aku terlalu suka bersendiri tapi berinteraski dengan orang lain.

Zaman aku belajar dulu memang aku punya communication below average bercakap bila perlu.

Sebelum graduate aku kena intern dekat satu tempat. Aku memang setiap hari pagi tu panic att̷ack + anxiety dan banyak lagi. Tapi m̷ampu juga bertahun sampai habis intern dan akhirny̷a convocation.

Mak ayah aku tak suka aku kerja dari rumah walau gaji RM6k sebulan, malu jiran nampak macam tak kerja dituduh macam bela biawak hidup... Sekali ini yang aku buat sampai jiran terdiam

Aku cakap dengan mak aku nak rehat kejap 2 bulan sebelum mula kerja.

Aku pun dalam masa dua bulan tu buat freelance. Boleh tahan banyak, dari translation, assignment, siapkan company punya certain data.

Alhamdulilah dalam sebulan tak ada masalah untuk dapat 3-4 ribu ringgit.
Aku pun bagitahu mak dengan ayah aku. Aku kerja dekat rumah, gaji aku bagitahu 2500 sebulan. Bil air, bil api belanja rumah memang aku bayar.

Rumah aku tak besar pun. Flat yang ada 3 bilik. Dekat rumah pula cuma aku, ayah, mak dengan adik aku dua orang.

Mak dengan ayah okay setuju sebab bukan aku duduk jadi biawak hidup. Pagi tu aku selalu akan hantar adik aku pergi sekolah, tengah hari ambik. Petang tu hantar sekolah agama, balik tu aku masak.

Mak aku kerja dari pagi, petang balik. Ayah aku pula balik malam. Malam baru aku start buat kerja depan komputer sampai 2-3 pagi.

Jadi routine aku pun selama satu tahun ulang benda sama. Sampai lah tahun depannya jiran aku ni bergossip cakap aku jadi biawak hidup dekat rumah tak kerja. Sebulan dua tak apa lagi, tapi dah terlampau lama.

Mak dengan ayah aku, dia macam “malu” bila tempat kerja kawan dia tanya aku kerja apa nanti diorang tak tahu nak bagitahu macam mana. Saudara mara tanya pun aku jawab je kerja dekat rumah.

Jadi bila dah nak dekat 2 tahun aku dekat rumah. Mak dengan ayah aku paksa suruh cari kerja. Aku bagitahu jangan dengar sangat cakap orang biar je.

Tapi mak dengan ayah aku paksa juga siap kadang tu perli. Aku pun agak marah juga sebenarnya.

Aku duduk rumah bukan goyang kaki pagi lepas hantar adik aku sekolah. Terus kemas rumah dapur dengan bilik air.

Dah dalam pukul 10 tidur kejap, pukul 12 bangun. Pergi kedai beli barang nak masak lepastu pukul 1 ambik adik aku dekat sekolah.

Balik pula rehat dalam 2:30 hantar adik aku sekolah agama. Dalam pukul 3 aku masak, 4:30 dah siap baru rilex sikit. Pukul 6 ambik adik sekolah agama. Itu tak termasuk hal basuh baju, jemur, lipat. Dah malam aku aku menghadap komputer 5-6 jam minimum.

Bukan nak menunjuk ke apa, tapi sejak aku 2 tahun duduk rumah sambil kerja, pinggan cawan semua memang tak pernah langsung mak/ayah aku basuh. Bab masak tu jangan cakap.

Jadi aku macam marah kenapa pula nak perli. Setiap bulan aku bagi ayah 600 mak 800 juga.

Sejak aku duduk rumah aku cakap dengan mak hal belanja rumah aku memang 100%, duit belanja adik sekolah aku kasi, baju sekolah, mainanan bawa diorang pergi berjalan, cuti apa semua.

Jadi aku macam agak marah sebab mak aku pergi dengar cakap orang lain yang aku jadi biawak hidup.

Jadi lepastu mak dengan ayah aku ni membebel suruh aku kerja office cakap membazir belajar sampai degree tapi tak kerja office.

Aku siap print kertas jawatan kosong dan gaji. Aku tunjuk ini kalau aku kerja gaji range 1500-2000 dan agak mustahil nak dapat lagi tinggi.

Aku pula tunjuk yang gaji aku “duduk dekat rumah” boleh jejak 5-6 ribu sebulan.

Jadi lepas dah 2 tahun setengah. Aku pun give up asyik nak kena explain dekat mak ayah aku. Aku terangkan sekali hal aku yang terlampau introvert. Tapi itulah masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Akhirnya aku pun mengalah aku bagi tahu mak ayah aku. Yang aku dapat dekat kerja office ni tapi dekat Selangor.

Mak ayah aku pun dengan excited cakap tak apa jauh asalkan kerja office.

Hakikatnya aku bawa barang aku, pergi Selangor dan sewa rumah. Aku berlakon cakap ada kerja padahal aku tetap sambung buat kerja macam biasa dekat rumah. Setiap bulan pula masukkan duit.

Pakai formal suit semua hantar gambar dekat mak aku, pergi dekat company yang random hantar gambar cakap dengan mak ayah aku. Ini tempat kerja baru aku.

Tapi hakikatnya aku tenang dekat rumah.

Sebenarnya kawan aku dari sekolah, dari zaman belajar memang zero aku interact dengan diorang. Selalu ajak macam lepak aku bagi alasan sibuk kerja.

Aku lagi tenang dan selesa bersendiri. Keluar rumah pun bila perlu sahaja.

Waktu cuti, puasa, atau raya baru aku balik rumah. Tahun 2020 masuk tahun ke-3 aku berlakon “kerja office” sebab nak sedapkan hati mak/ayah aku.

Aku beli rumah dekat Selangor pun aku diam tak kasitahu keluarga aku. Cuma bagitahu aku menyewa.

Tahun 2022, aku tetap berahsia dengan mak aku tentang kerja. Aku pun ambil keputusan untuk diam sahaja.

Kadang tu macam geram tapi hakikatnya tak boleh nak salahkan mak atau ayah aku.

Diorang membesar dari era lain, bagi mereka anak diorang pakai tie dan masuk office duduk air-conditioning punya office tu lah impian mereka.

Reaksi Warganet:

Bunga Cempaka –
Aku ni kalau laki aku keje macam ni ade depan mata, aku suke gile. Free time dari keje dekat ofis.

Nak cuti ke, pi berjalan ke ikut suke. Andai kate anak aku nanti keje dari rumah gaji pun banyak, aku lagi suke. Siap tolong keje dekat rumah dan uruskan hal rumah ape lagilah yang tak cukup.

Tenang sikit hati anak ade depan mata. Papepun moga dipermudahkan segala urusan TT.

Husna Afifi –
Aku nak suggest supaya lakonan ko lagi mantap.

Dekat kl selangor ni ada banyak cafe style office. Ko boleh lah sekali sekala ke situ, pakai kemeja, duduk lepak. Bawa laptop, muka kena ketat acah busy gitu.

Jangan lupa order kopi supaya nampak macam busy amat tak sempat rehat.

Cafe office ni dahlah masuk free, lawa pula tu.. Boleh try la kot nak feeling meeting ke apa ke. Takyah masuk sembang pun. Masuk, order kopi. Duduk dekat tempat ada plug. Pasang earphone. Settle.

Aku taulah sebab aku selalu suruh students aku ubah angin kalau time stress belajar, pergi duduk sini. Siapkan assignment.

Alang alang, boleh lah OOTD depan LRT, nampaklah kegigihan pergi kerja tu. Hahahaha

Demonize Alia –
Yer, sayer pun freelancer. Waktu memang flexible. Pagi bangun, study, solat, siapkan anak, buat kerja rutin suri rumah. 11 -12 tidor tengahari, bangun, amik anak sekolah, bagi makan.

Lepas zohor buat kerja sampai asar. Lepas asar, lepak, malam lepas anak tdo sambung buat kija.

Purata kerja : 4 jam sehari. Income. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Baru terpk pagi tadi. Alhamdulilah sangat takder office politics pressure.

Kiki –
Itu la makpak memang senang terpeng̷aruh dengan cakap orang walhal urusan dekat rumah semua TT yang uruskan termasuk berbelanja.

Tapi apa kan daya, betullah tu dorang lagi suka kita keluar dari rumah untuk pegi bekerja.

Tapi terlalu introvert pun tak boleh jugak atleast kena pegi bergaul dengan orang, sikit pun takpe janji kenal jugak orang lain, jiran jiran ke.

Ciri ciri dah ada dah husband material tu, suami idaman perempuan, sejenis yang suka duduk rumah tak pegi lepak dengan member, boleh tolong buat kerja rumah, masak masak, urus anak

Rimuru Tempe –
Uish bahagia nya la kalau dapat work from home. Ni kalau dah k̷ahwin, ada anak bini. Lagi lah anak bini suka. Ayah dan suami nya selalu ada depan m̷ata.

Abaikan kata kata orang. Teruskan je berlakon dik. Mak ayah tu satu hari nanti moga terbuka la minda diorang untuk faham konsep kerja dari rumah ni. Haih, anak gitu punya bagus pun pi dengar cakap orang.

Baca Lagi:
Saintis terkejut jumpa ular sawa makan buaya besar, akhirnya ini terjadi..
“Abah selalu pesan, nak tengok orang tu pembersih ke tak, tengok tandas dia”, sekali aku cek rumah mak mertua tak sangka ini yang aku jumpa
Jangan buang tuala buruk, lelaki ini berjaya buktikan tuala buruk boleh hasilkan duit
CATEGORIES