Bekas ratu cantik negara mengaku gugurkan janin kembar atas permintaan suami, tak sangka dicerai lepas 8 hari keguguran

Bekas ratu cantik negara mengaku gugurkan janin kembar atas permintaan suami, tak sangka dicerai lepas 8 hari keguguran

Bekas ratu cantik negara mengaku gugurkan janin kembar atas permintaan suami, tak sangka dicerai lepas 8 hari keguguran. Tiada angin tiada ribut, pelakon Nor Shakila Mohammad Saiful Islam pada semalam telah membuat sidang media bersama Malaysia Gazette mengenai kemelut rumah tangga yang dihadapi. Sebelum mendirikan pernikahan pada 22 Mei 2022 dengan suami, rupanya sesuatu telah berlaku.

Hamil luar nikah & dipujuk supaya gugurkan

Bekas ratu cantik negara mengaku gugurkan janin kembar atas permintaan suami, tak sangka dicerai lepas 8 hari keguguran

Akui melakukan hubungan badan sebelum bernikah, Shakila yang juga bekas ratu cantik negara iaitu disahkan mengandung (anak kembar) pada Januari 2022. Akan tetapi, suaminya yang ketika itu masih bersatus teman lelaki memujuk agar kandungan terbabit digugurkan walaupun Shakila menentang keras permintaan berkenaan.

Shakila terasa diperdaya…Rela gugurkan janin namun ditalak lepas 6 bulan nikah

Setelah diyakinkan dengan alasan-alasan tertentu termasuklah jaminan berkahwin, pelakon berkenaan bersetuju mengorbankan janin kembar yang saat itu sudah berusia 2 bulan dalam perut. Malang sekali, suaminya telah memfailkan talak hanya selepas 6 bulan mereka mendirikan perkahwinan.

Alami keguguran lagi…Ditalak lepas 8 hari keguguran

Dalam masa sama, dia sempat keguguran dan doktor mengesahkan Shakila mengalami chemical pregnancy kesan daripada pengguguran janin yang dibuat sebelum ini. Lebih terkilan, lelaki berkenaan mahu berpisah hanya selepas 8 hari dia keguguran dan keluarga mentua pula tidak ambil peduli akan hal tersebut. Bukanlah hendak mengaibkan sesiapa, namun apa yang berlaku cukup memberikan tekanan sehingga Shakila menghadapi depresi.

werqwer.jpg

Baca Lagi:
Saintis terkejut jumpa ular sawa makan buaya besar, akhirnya ini terjadi..
“Abah selalu pesan, nak tengok orang tu pembersih ke tak, tengok tandas dia”, sekali aku cek rumah mak mertua tak sangka ini yang aku jumpa
Pelakon Ali Setan arwah Azmil Mustapha nekad berhenti dari dunia glamour, selepas pemergian arwah kisah tentang hidup penghijrahannya telah mula mendapat perhatian ramai
CATEGORIES