Luar setinggan dalam macam kondo, ‘Pondok Jereggeng’ milik Pok Din Lejeng bertaraf hotel lima bintang

Luar setinggan dalam macam kondo, ‘Pondok Jereggeng’ milik Pok Din Lejeng bertaraf hotel lima bintang

Luar setinggan dalam macam kondo? Bukan, kali ini ternyata berbeza.

Menjengah masuk ke sebuah pondok yang kelihatan usang di bahagian luarnya, siapa sangka di dalamnya seperti bilik hotel bertaraf lima bintang!

Begitulah tarikan sebuah pondok berdinding dan beratapkan papan plywood serta zink yang mempunyai tandas ’emas’.

Bercakap kepada mStar, pemiliknya, Baharuddin Mamat berkata, pondok itu terletak bersebelahan dengan kedai yang diusahakannya di Jalan Sultan Mohamad di Kuala Terengganu, Terengganu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Lelaki berusia 66 tahun itu memberitahu ia didirikan tiga tahun lalu sebagai tempat beristirehat dan ruang solat untuk kegunaan sendiri dan para pekerja.

“Pondok ini dilengkapi ruang solat, tempat bacaan dan berehat serta sebuah bilik mandi yang mempunyai sinki, mangkuk tandas dan tab mandi.

“Kos keseluruhan membina pondok ini sebanyak RM11,000 di mana RM7,000 saja dibelanjakan untuk bilik mandi atau tandas,” katanya ketika dihubungi.

Luar setinggan dalam macam kondo, 'Pondok Jereggeng' milik Pok Din Lejeng bertaraf hotel lima bintang

Dilengkapi ruang bacaan dan meja komputer serta penyaman udara

Diberi gelaran ‘Pondok Jerenggeng’, ia turut dilengkapi sebuah katil, rak buku, komputer dan penyaman udara termasuk ‘sound system’ untuk kegunaan karaoke serta kemudahan WiFi.

Lebih dikenali sebagai ‘Pok Din Lejeng’, katanya, suntikan elemen emas di bahagian dalam pondoknya mendapat inspirasi daripada istana milik Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Luar setinggan dalam macam kondo, 'Pondok Jereggeng' milik Pok Din Lejeng bertaraf hotel lima bintang

Ruang rehat di dalam pondok

“Saya kagum dengan kecantikan dan kemewahan istana Sultan Brunei. Daripada tontonan di YouTube saya mendapat ilham untuk mengecat dan menggunakan hiasan berwarna emas.

“Ramai yang tertanya-tanya kenapa hanya di dalam saja nampak mewah dan biarkan bahagian luar kelihatan seperti pondok buruk. Bagi saya, ruangan dalam adalah lebih penting.

“Di dalamnya dihias cantik dan mewah untuk kepuasan saya sendiri. Bagaimanapun, pondok ini boleh digunakan oleh para pekerja berehat termasuk pelanggan yang mahu menggunakan tandas dan solat,” ujarnya yang berasal dari dari Kampung Bukit Besar di Kuala Terengganu.

Luar setinggan dalam macam kondo, 'Pondok Jereggeng' milik Pok Din Lejeng bertaraf hotel lima bintang

Hiasan dan aksesori berwarna emas

“Bilik dan tandas dah macam hotel. Saya cuma perlu tukarkan katil kepada saiz queen dan masukkan kemudahan asas seperti peti sejuk, seterika dan pemanas air minuman.

“Mungkin juga saya sediakan printer untuk mereka yang mahu bekerja di dalamnya sebab dah ada komputer,” katanya yang mempunyai tujuh anak dan lima cucu itu.

Luar setinggan dalam macam kondo, 'Pondok Jereggeng' milik Pok Din Lejeng bertaraf hotel lima bintang

Kiri di luar pondok milik Baharuddin (gambar kecil), kanan bahagian dalam seperti hotel

Jika sebelum ini ramai yang sukar mempercayai ‘pesona’ di bahagian dalam pondok usang itu, Baharuddin menjelaskan bahawa setiap kemudahan dan peralatan juga boleh digunakan dengan baik.

“Bukan hiasan semata-mata. Tab mandi pun boleh guna. Saya sendiri kalau penat nak balik rumah, saya singgah pondok untuk tidur, rasa puas macam dok hotel!” ujarnya secara berseloroh.

Baca Lagi:

Dua individu bertuah dari Sabah menang Toto jackpot bernilai RM 21.8 Juta

Dana bantuan Covid-19 tersilap masuk akaun, RM1.56 juta dihabiskan lelaki ini berjudi online

Tular video jiran nampak entiti menari dalam bilik tak berpenghuni buat netizen meremang bulu roma

CATEGORIES