Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika cas telefon

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika cas telefon

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika cas telefon. Seorang lelaki warga Bangladesh ditemukan meninggal dunia dipercayai terkena renjatan elektrik ketika sedang mengecas telefon bimbit di kebun sayur di Kampung Jimah Lama di sini pada Khamis.

Mangsa, Md Abdul berusia 40-an, merupakan pekerja kebun sayur ditemui terbaring oleh penyelianya dengan kesan melecur pada bahagian dada.

Jiran mangsa, Ajarah Maarof, 59, berkata, sebaik saja diberitahu kejadian itu oleh penyelia kebun berkenaan, dia bergegas melihat keadaan mangsa.

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika cas telefon

“Saya tengok mangsa dah tak sedarkan diri dengan bahagian dadanya terdapat kesan melecur yang dipercayai disebabkan renjatan elektrik dan berhampirannya terdapat wayar pengecas telefon.
“Saya terus menghubungi bomba dan polis untuk melihat keadaan mangsa dan pegawai perubatan yang tiba ke lokasi mengesahkan mangsa sudah pun meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Menurutnya, mangsa kemungkinan terkena renjatan elektrik ketika cuba mengecas telefon menggunakan wayar pengecas yang basah.

Tambahnya, mangsa tidak mempunyai keluarga di negara ini dan merupakan seorang lelaki yang baik selain rajin pergi ke masjid.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed mengesahkan kejadian itu dan mayat mangsa di bawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat.

Baca Lagi:
Bapa letak bayi di lantai pam minyak ketika tuang minyak undang perbagai reaksi netizen
Tak payah tunggu Perikatan Nasional menang, ini cara mudah nak keluarkan duit KWSP dengan mudah
Anwar Ibrahim tuntut ganti rugi RM10 juta dari Ketua PAS Kedah Sanusi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *