Tak payah tunggu Perikatan Nasional menang, ini cara mudah nak keluarkan duit KWSP dengan mudah

Tak payah tunggu Perikatan Nasional menang, ini cara mudah nak keluarkan duit KWSP dengan mudah

Tak payah tunggu Perikatan Nasional menang, ini cara mudah nak keluarkan duit KWSP dengan mudah. Kalau masih ingat lagi beberapa bulan lalu, kita pernah dapat ‘izin’ daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk keluarkan wang simpanan daripada akaun masing-masing melalui inisiatif i-Lestari, i-Citra dan i-Sinar.

Watak utama yang menjadi ‘muka depan’ KWSP pada waktu itu ialah si gadis maya bernama Elya yang komited, rajin lagi ceria dalam menyampaikan berbagai-bagai informasi mengenai pengeluaran dari semasa ke semasa.

Pengeluaran KWSP dalam jumlah besar sekali gus semestinya agak dinanti-nantikan melalui pengumuman khas oleh perdana menteri, betul tak? Tapi tahukah anda, sebenarnya kita boleh sahaja keluarkan simpanan KWSP tanpa tunggu pengumuman khas pun!

Tapi macam mana caranya?

Tak payah tunggu Perikatan Nasional menang, ini cara mudah nak keluarkan duit KWSP dengan mudah

Tak Payah Tunggu Pengumuman, Ini Cara Nak Keluarkan Duit KWSP Dengan Mudah

Terpulang mahu percaya atau tidak, satu-satunya cara untuk anda keluarkan sejumlah simpanan tanpa tunggu ‘lampu hijau’ daripada Pengumuman Khas Perdana Menteri ataupun KWSP sendiri adalah melalui Akaun 2 KWSP.

Guna KWSP bayar rumah ansuran bulanan

Pastinya, ramai yang tidak tahu jika anda sebenarnya boleh melakukan pengeluaran duit KWSP untuk meringankan pembiayaan bulanan rumah.

Jumlah simpanan dari Akaun 2 akan digunakan untuk membayar ansuran bulanan sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan anda selesai.

Screen Shot 2022 11 15 at 1.51.02 pm 740x292 1 e1668662488739

Screen Shot 2022 11 15 at 1.51.15 pm 740x261 1 e1668662475312

Screen Shot 2022 11 15 at 1.51.28 pm 740x410 1 e1668662462152

Screen Shot 2022 11 15 at 1.51.43 pm 740x296 1 e1668662449454

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari, https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals/partial/housing-loan-monthly-installment

Selain daripada bayaran ansuran bulanan rumah, akaun 2 KWSP juga boleh memanfaatkan pengguna untuk pembelian rumah.

Panduan beli rumah guna Akaun 2 KWSP

Kelayakan memohon

Individu yang layak memohon permohonan ini adalah daripada ahli KWSP yang bertaraf warganegara Malaysia atau bukan warganegara; ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan dan ahli yang masih mempunyai simpanan dalam Akaun 2 sekurang-kurangnya RM500.

Amaun yang layak dikeluarkan (mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang RM500)

Bagi pembelian rumah oleh individu, jumlah amaun bergantung pada perbezaan antara harga rumah dengan jumlah pinjaman dan tambahan 10 peratus daripada harga rumah; atau semua simpanan Akaun 2.

Selain itu, bagi pinjaman perumahan 100 peratus, amaun layak dikeluarkan ialah 10 peratus daripada harga rumah; atau semua simpanan dalam Akaun 2. Misal kata harga rumah RM100,000, amaun layak hanyalah RM10,000 sahaja.

Sementara itu, bagi pembelian bersama ahli keluarga terdekat atau individu lain, jumlah amaun bergantung pada perbezaan antara harga rumah dengan jumlah pinjaman perumahan dan tambahan 10 peratus daripada harga rumah; atau mengikut semua simpanan Akaun 2 masing-masing yang tertakluk kepada amaun maksimum yang layak dikeluarkan.

Akhir sekali, bagi pembelian tanpa pinjaman atau secara tunai pula, jumlah amaun layak dikeluarkan adalah bergantung pada harga rumah dengan tambahan 10 peratus daripada harga rumah; atau semua simpanan dalam Akaun 2.

Kaedah bayaran

Bagi bayaran dalam Malaysia, bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank ahli dengan beberapa syarat, iaitu ahli mestilah mempunyai akaun bank yang aktif dengan bank panel KWSP yang dilantik.

Selain itu, nombor kad pengenalan diri ahli mestilah sama dengan rekod bank, sementara bayaran juga akan dibuat dalam nilai matawang Ringgit Malaysia (RM).

Bagaimanapun sekiranya bayaran tidak berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank ahli, ia akan dibuat melalui cek jurubank.

Satu keluarga satu rumah

Sementara itu, slogan ‘satu keluarga satu rumah’ kini bukan lagi sekadar kata-kata. Kita semua sepatutnya harus cakna bahawa memiliki rumah pada masa kini dan akan datang tidaklah sesukar mana berbanding dahulu. Konsep perumahan pun nampaknya lebih maju ke depan.

Kalau anda nak tahu, suasana Program Perumahan Rakyat atau lebih dikenali sebagai PPR kini sedang berwajah baharu. Pendek kata, perumahan PPR sedia ada yang anda lihat di bandar-bandar sekarang, esok lusa akan ditambah baik dengan pelbagai inisiatif lain.

Untuk pengetahuan anda, pembinaan PPR baharu akan datang bakal dilengkapi dengan keterhubungan sosial lebih pintar melalui akses internet fibre to the home (FTTH), fasiliti pengangkutan awam lebih mesra pengguna dan reka bentuk lebih selesa.

Walaupun hanya bertaraf perumahan kos rendah bagi golongan disasarkan, namun sebenarnya pembawakan PPR berwajah baharu ini adalah selari dengan agenda Malaysia Berdaya Huni atau Liveable Malaysia – semua rakyat berhak hidup dalam institusi komuniti yang sempurna.

Tak payah tunggu Perikatan Nasional menang, ini cara mudah nak keluarkan duit KWSP dengan mudah

Selain itu, pemilikan rumah pada masa akan datang dipercayai lebih mudah dengan strategi serta pelaksanaan 500,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) yang melibatkan kerajaan persekutuan, negeri dan pihak pemaju perumahan swasta.

Tidak kurang juga, anda tidak perlu lagi untuk pening kepala memikirkan bagaimana caranya untuk membeli rumah. Mungkin selama ini minda anda sering dimomokkan dengan persepsi ‘bukan senang beli rumah’, ‘harga rumah tak masuk akal’ dan pelbagai lagi.

Percaya atau tidak, pada masa akan datang sistem pemilikan rumah sudah tersedia dalam ekosistem perumahan yang lebih bijak dan sistematik melalui Home Ownership Programme (HOPE). Bermula daripada peringkat penyediaan perumahan, pembiayaan sehinggalah pemilikan, anda akan dibimbing dalam program-program yang dapat membantu kita semua memiliki rumah dengan lebih mudah.

Bercakap soal pembiayaan, ini juga satu faktor kenapa masih ramai berasa ragu-ragu untuk melabur duit membeli rumah pertama. Apatah lagi apabila melibatkan sejumlah modal yang agak besar nilainya. Jangan risau.

Bank Negara Malaysia umumnya akan melihat kembali model pembiayaan perumahan supaya semua golongan B40 dan M40 dapat beli rumah PPR dan mampu milik dengan lebih mudah menerusi pembelian terus dan secara sewa untuk milik (rent-to-own).

Sekarang sudah nampak kan, sebenarnya senang saja kita nak beli rumah kalau sudah tahu teknik dan saluran yang betul. Jadi untuk penjelasan lebih lanjut tentang satu keluarga satu rumah, anda boleh rujuk juga pada pautan INI.

Baca Lagi:
PAS, Bersatu, Umno sudah mula runding bentuk kerajaan gabungan – Anwar
Anwar Ibrahim tuntut ganti rugi RM10 juta dari Ketua PAS Kedah Sanusi
Ramai orang tak tahu bertapa bezanya simpan duit berbanding simpan emas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *