Bekas suami penyanyi belasah isteri baru sampai lembik

Bekas suami penyanyi belasah isteri baru sampai lembik

Bekas suami penyanyi belasah isteri baru sampai lembik. Perbuatan seorang lelaki dipercayai suami tular di media sosial sejak semalam apabila mendera seorang wanita di sebuah rumah.

Tanpa mengetahui di mana lokasi dan tarikh kejadian itu berlaku menyaksikan seorang wanita dan kanak-kanak wanita turut berada di dalam video berkenaan.

Dalam video berdurasi satu minit tujuh saat yang tular di aplikasi Tiktok itu menunjukkan lelaki berambut panjang itu menarik tudung wanita berkenaan sebelum mangsa di heret dan di tendang di bahagian muka serta badan berkali-kali.

Kanak-kanak perempuan itu juga kelihatan menangis sambil menangkat tangan sebagai tanda memohon maaf kepada individu berkenaan.

Bekas suami penyanyi belasah isteri baru sampai lembik

Melalui kapsyen video berkenaan menyatakan lelaki itu didakwa merupakan bekas suami kepada seorang penyanyi.

“Dia dera bini baru pulak (pula) tolong viralkan…dia dah dera separuh mati,” ujarnya.

Susulan perkongsian itu rata-rata pengguna Tiktok meminta pihak berkuasa untuk menjalankan sisatan terhadap video yang tular itu.

“Dekat mana..call polis,” kata netizen.

“Yang rakam ni call la polis…rakam je buat apa,” kata netizen lain.

Baca Lagi:
Tidak mendapat restu ibu, ini jawapan Nik Omar
PRU15: Anda tak perlukan Kad Pengenalan pun untuk mengundi, ini caranya
Tak payah tunggu Perikatan Nasional menang, ini cara mudah nak keluarkan duit KWSP dengan mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *