Lelaki ini tunjuk duit RM1 yang boleh dijual balik dengan harga RM1,500 ke atas

Lelaki ini tunjuk duit RM1 yang boleh dijual balik dengan harga RM1,500 ke atas

Lelaki ini tunjuk duit RM1 yang boleh dijual balik dengan harga RM1,500 ke atas. Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok mohdsharif_raman, dan telah ditular baru-baru ini.

Duit lama RM1 kini menjadi popular di mana beberapa pembeli yang sanggup membelinya dengan nilai yang tinggi, atau dikenali sebagai numismatik.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang lelaki menerangkan dan membuat pembezaan duit lama RM1 yang beliau terima. Lelaki ini mengatakan beliau hanya menerima duit lama RM1 yang mempunyai nombor siri bermula dengan huruf ‘CR’ dan nombor ’72’ sahaja.

Lelaki ini tunjuk duit RM1 yang boleh dijual balik dengan harga RM1,500 ke atas

Di hadapan duit tersebut juga mestilah mempunyai tandatangan Aisyah. Beliau turut menyatakan bahawa ramai yang salah sangka duit RM1 yang ditandatangani bernama Zeti Aziz itu berharga dan mahal.
@mohdsharif_raman Duit RM1 Aisyah (Ali Abul Hassan) #duitaishah #viral_video #viraltiktok #numismatik #viral #membeliduitlama #duitrare #duitlamamalaysia #fypシ #fypシ゚viral #fypp #fypdongggggggg ♬ Ilahana Ma A’dalak – Darmawan

Wang kertas RM1 tidak mempunyai nilai yang tinggi sehingga mencecah RM12,000 kecuali atas sebab-sebab numismatik (contohnya: solid numbers, wang gantian pertama dll). Walaubagaimanapun, jika wang kertas anda itu buruk, kotor dan berlipat jangan haraplah nak dapat harga yang setinggi itu.

Wang kertas 1 Ringgit yang bernilai tinggi yang dimaksudkan oleh warga numismatik adalah wang 1 Ringgit Aishah atau wang kertas ditandatangani oleh Allahyarham Tan Sri Dato’ Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang ke-6, pemilik sebenar tandatangan yang dikatakan sebagai tandatangan Aishah.

Lelaki ini tunjuk duit RM1 yang boleh dijual balik dengan harga RM1,500 ke atas

Kalau ada yang beli dengan harga sebegitu, kira rezeki anda lah. Namun ada juga yang hanya ingin menyimpan duit lama sebagai koleksi di rumah.

Perkongsian video klip di Tiktok ini juga telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 145.4K sukaan dan 6249 komen.

Baca Lagi:
Pernah terima Anugerah Khidmat Cemerlang, penjawat awam maut jatuh dari tingkat 21
“Money is king!”- Anak tiri Taib Mahmud makan burger cuci mulut guna duit
Ayah tak mampu belikan baju sekolah, mak aku tebalkan muka minta dengan jiran tapi jiran dah buat kain buruk, baju itulah aku pakai pergi sekolah…
CATEGORIES