Jackpot tak sengaja, lelaki terkejut mesin ATM rosak ‘muntah’ duit RM10,000

Photo of author

By Joe

Jackpot tak sengaja, lelaki terkejut mesin ATM rosak ‘muntah’ duit RM10,000. Rakaman CCTV tersebar baru-baru ini menunjukkan sebuah mesin ATM rosak dan telah mengeluarkan beberapa ratus helai wang kertas, dipercayai bernilai RM10,000!

Video berdurasi 16 saat itu menjadi viral selepas dimuat naik di YouTube dan berjaya mendapat 250ribu tontonan hanya dalam masa 24 jam sahaja.

Di dalam video itu, seorang lelaki Melayu dilihat sedang menggunakan mesin ATM tersebut.

Jackpot tak sengaja, lelaki terkejut mesin ATM rosak 'muntah' duit RM10,000

Bagaimanapun, ketika sedang menunggu wang yang ingin dikeluarkannya itu, beratus-ratus nota RM50 ‘dimuntahkan’ oleh mesin ATM tersebut. MEMANG WANG KERTAS SEBENAR.
Boleh dilihat di dalam video, lelaki Melayu itu terkejut, kemudian memandang sekeliling sebelum mengambil wang itu semua secepatnya.

Mesin ATM tersebut dikatakan mungkin rosak dan jumlah wang yang ‘dimuntahkan’ mesin itu adalah sebanyak RM10,000! Siapa tak terkejut weh kalau tiba-tiba jadi depan mata macam ni kan. Duit tuuuu!

Ramai yang terkejut dan terpukau dengan insiden yang berlaku kepada lelaki Melayu di dalam video ini (mestilah!).Walaupun lokasi kejadian tidak dapat dikenal pasti, netizen rata-rata mengekspreskan rasa terkesima mereka dan teruja jika insiden itu berlaku kepada mereka.

Sama ada lelaki Melayu itu menghubungi pihak pengurusan bank tentang kejadian ATM rosak ini atau tidak, ianya tidak dapat dipastikan.

Kalau jadi dekat korang, apa korang buat?

Baca Lagi:
Akhirnya kerajaan Anwar Ibrahim bawa RUU355
Pernah terima Anugerah Khidmat Cemerlang, penjawat awam maut jatuh dari tingkat 21
Ayah tak mampu belikan baju sekolah, mak aku tebalkan muka minta dengan jiran tapi jiran dah buat kain buruk, baju itulah aku pakai pergi sekolah…